Monday, July 27, 2009

Convert and stitch photo

Kadang-kadang kita tak jumpa design atau pattern yang kita nak untuk jahit cross stitch. Kadang-kadang nak cari pattern satu-satu kat kedai pun buat bengkok badan jugak, tak pun jari kita semua jadi hitam dok belek satu-satu pattern kat kedai orang, lebih-lebih lagi kalau orang kedai tu tak lap habuk dalam kedai dia. Mungkin kita nak jahit foto pet kita, keluarga kita, gambar rumah kita atau sebagainya. Jadi, convert foto ke chart adalah satu cara yang paling senang.

Mungkin tips-tips di bawah ni amat berguna pada yang berhasrat untuk jahit cross stitch dari foto.

  1. Pilih foto yang jelas dan terang. Jangan sesekali pilih yang gelap atau malap. Elok juga yang close-up, terutamanya kalau nak jahit potret seseorang, lebih baik foto tu close-up bahagian muka sahaja. Foto seorang lebih cantik hasilnya dari foto satu family (ramai orang).
  • Hadkan jumlah warna untuk pattern.
  • Buang background. Lebih-lebih lagi kalau nak jahit potret. Image-editing software seperti Photoshop memang banyak membantu. Lebih-lebih lagi kalau kita baru upload foto dari digital camera, file foto tu kan besar, jadi boleh reduce sikit size foto tu dalam pixel. Boleh juga crop atau guna eraser untuk buang background. Edit any red-eye kalau ada.
  • Terangkan (lighter kan) warna foto. Memang banyak komplen pasal software convert photo to chart ni, kebanyakannya hasilkan chart yang gelap.
Cuba tengok ni. Ni sepatutnya tangan seorang. Tapi gelap sangat warnanya.


Satu ketika dulu, masa Yati tak tau nak convert foto ke chart, Yati order online dari orang. Mostly ok, tapi pernah jugak jahit tone kulit tu lebih gelap dari gambar. Sekarang walau pun dah tahu camana caranya, kadang-kadang terjadi juga.

Pada customer Yati yang tak puas hati tone kulit jadi lebih gelap, sila email Yati, dan Yati akan design dan pos semula, tanpa sebarang bayaran.

Tips untuk jahit pula.

  • Kalau takde cahaya matahari masuk rumah atau ruang menjahit, dapatkan lampu meja. Tak semestinya lampu untuk craft yang mahal, lampu meja study biasa dah ok, asalkan white light, bukan cahaya atau mentol kuning atau lain-lain color. Ni penting, untuk dapat tengok warna yang betul semasa menjahit, juga boleh juga bantu kurangkan tekanan pada mata.
  • Mark atau tandakan bahagian yang sudah dijahit pada chart. Guna pensel boleh, highlighter pun boleh. Kita boleh nampak dengan jelas mana kita stop, juga untuk elak kekeliruan.
  • Gridding: Membantu jugak, tapi Yati malas ni. Jangan tiru Yati tau. Cuba dulu, kalau tak kita tak tau cara ni membantu kita atau melambatkan kita. Biasanya kat chart, setiap 10 rows atau baris, linenya gelap sikit. Jahit jelujur kat atas fabric kita, supaya kita tau position kita kat mana.
  • Elok jangan guna embroidery hoop tu, sebab nanti dia tinggal bekas kat fabric kita. Kalau mampu atau pernah jumpa kat oversea, boleh beli stitching stand with scroll rods tu, atau pernah dengar QSnaps? Dia macam frame 4 segi, yang dibuat dari PVC, yang ada klip pada setiap sisi. Dia boleh pegang kuat macam hoop, tapi tak tinggalkan kesan pada fabrik, dengor orang cakap camtu la. Atau tak pun, macam Yati je, free hand, guna tangan. Bila tak dijahit, gantung. Bila rasa-rasa nak simpan, to be continued sehingga angin malas reda, gulung fabric dalam tuala bersih dan simpan dalam drawer atau tempat yang selamat. Jangan lipat.

Yati salute orang yang boleh hasilkan pattern guna kertas graf dan pensel warna. Memang berbakat orang-orang camni. Pernah juga Yati jumpa orang yang hasilkan pattern dengan besarkan foto tu jadi petak-petak, dan matchkan kod warna (RGB color) dengan floss DMC. Boleh guna Photoshop juga dan Paint. Yang ni kena rajin dan adalah tipsnya camne, Yati tak tahu cara ni. Tak pun, guna computer software. Kalau nak, boleh order dengan Yati. Yati dah turunkan harga. Harga lama, RM35. Sekarang, RM25 untuk tukar foto ke chart.

Happy stitching and crafting everyone!

6 comments:

  1. adus... aida punyer lom siap!
    raya lagi 2 bulan ni.
    adus!!!

    ReplyDelete
  2. Nape Aida, kena siap sebelum raya ke?
    Takpe, buat slow-slow. :)

    ReplyDelete
  3. yati, kakyong x tau le bila nak sambung koje xstitch ni..
    lambat sket le nak minta yati convertkan foto tu..
    la ni x leh nak clearkan meja lagi..
    ni ade lagi a/c belum siap..
    next mth ade 1 lagi a/c nak buat....

    so memang x sempat nak ber'x-stitch'...

    btw, kakyong suka tips2 ni... kena gulung yer... kakyong main hentam jer lipat.. pastu simpan dlm kotak.. jengah sesekala melepas rindu.. buat nya ntah bila... uhukkk

    ReplyDelete
  4. Hehhe.. kakyong.
    Sibuk ye... takpe nanti dah abis semua kerja, boleh la buat cross stitch.
    Bukan pe, kalau kita lipat kan ada tinggal tanda lipatan kat fabrik tu. Susah nak ilang tu.

    ReplyDelete
  5. Kak yati... thanks for info.
    selama ni ina lipat jer...xterpk nk gantung.
    satu lg psal hoop tu... baru nk beli hoop coz
    ina ingatke sgt membantu...rupanye bley menjejaskan x-stitch kite...so xjdler...

    pasal gridding tu derlah ina wat...sifu ina memang suh wat...cume ina xpaham penggunaan pelbagai saiz jarum n jenis kain2nyer. coz.. dr awal jrum yg ader tu jerlah ina gune.

    ReplyDelete
  6. Cemmomile,
    welcome.
    Bukan pe, kalau lipat kan ada tinggal bekas kat kain cross stitch kita. Bila dah lama-lama lipat, susah pulak nak hilangkan bekas lipatan tu. Tu je tujuannya, jadi lebih elok digantung daripada dilipat.
    Hoop tu berguna, especially bila jahit design kecil, kak yati maksudkan, bila jahit potret cross stitch, baru hoop kurang sesuai digunakan.
    Jarum cross stitch pula, ada beberapa size. Sama macam kak Yati juga, selagi kita boleh guna, buat apa kita nak buang kan.. Cuma jenis jarum yang digunakan. Kalau jahit outline, biasa guna yang muncung tajam, supaya dapat hasil yang kemas. Kalau jahit biasa, boleh guna jarum muncung yang bulat tu. Selain tu, kalau saiz berapa count pada kain banyak, guna jarum saiz kecil. Kalau lubang kain kecil, guna jarum besor, tak sesuai juga. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea