Tuesday, July 07, 2009

Amazing Blog Award

Award dari Kakyong.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :
1) Yati kenal kakyong melalui mombloggersPlanet, melalui review oleh littleMama. Superb blogger! Banyak visitor dan follower blog kakyong ni. Terer betul.

2) Orang perak jugak wey...

3) Ibu kepada 3 orang cahayamata juga, sama cam Yati.

4) Homemaker juga, sama cam Yati.

5) Bukannya jauh sangat sebenornya, boleh jumpa kan..

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :

1) Suka cross stitch. Sejak anak dara dulu, mak yang ajar.

2) Tau tak dulu hobi Yati kumpul setem? Ada lagi album setem, kat rumah ma, tersimpan dengan elok dalam almari buku.

3) Dah lebih kurang 5 tahun jadi surirumah sepenuh masa.

4) Suka ada kedai online ni. Lebih-lebih lagi dapat pulak income dari hobi yang kita suka. Alhamdulillah.

5) Ketiga-tiga anak Yati laki. Mungkin takde sorang antara mereka yang dapat mewarisi cross stitch dari Yati, sebagaimana mak Yati turunkan ilmunya kat Yati, tapi bila dia orang dah besor skit, sorang mesti masuk dapur, untuk tolong masak. :)

6) Rindu jalan kat atas batas di sawah padi, bau sawah padi, dengar bunyi angin oleh pokok buluh masa Yati kecik-kecik dulu, masa pi mengaji, kat Kangar.

7) Selalu ada kenangan dengan pokok besar kat mana-mana Yati tinggal. Antara kenangan yang paling Yati ingat, Yati selalu tengok pokok besar kat tempat parking sebelah Tabung Haji Jalan Tun Razak. Masa tu Yati dok dalam kereta, sementara tunggu traffic yang bumper to bumper, lepak dengar radio dalam kereta sambil tengok pokok besar. Masa tu kerja lagi, malas dok dalam office, nak balik, malas nak drive dalam sesak.

8) Rasa macam rambut semakin banyak yang gugur.

9) Nak kena exercise sebab rasa cam makin gemuk.

10) Suka jugak tanam pokok bunga.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe tentang mereka :

Yati nak bagi award ni seterusnya kepada semua Followers Yati's Blog ni. Kepada mereka yang takde award lagi, sila-sila amik dan tepek award ni di blog anda ok!

2 comments:

  1. tukor layout lagi.. rajin nyer yati...

    mekasih dah tepekkannyer... ;)

    ReplyDelete
  2. Ha ah, kakyong, rasanya ni last la tukar buat masa ni. Azam baru, layout pun baru, :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea