Friday, July 31, 2009

Tag: Kreativ Blogger

Terima tag dari pn-iena. Tq ye.

Rules:
You must thank the person who gives you the award. Copy the logo and place it in your blog. Link to the person who has nominated you for the award.

Name 7 things about yourself that people might find it interesting.
Ha? That's tough. Alamak... apa nak tulis ni...

1) Cross stitch adalah satu terapi yang bagus untuk Yati bila stress.
2) Rasa macam nak pergi MPH beli buku tapi tak boleh la. :(
3) Sakit tangan dan lenguh kaki, kayuh basikal 5 round keliling padang kat rumah.
4) Lebih kurang 5 tahun tak pergi tengok wayang. Rindunya.
5) Plan nak bake cookies esok, saje for tea.
6) Tahun 2009 ni, yati dan suami akan sambut ulang tahun perkahwinan ke-8.
7) Fail dalam buat kek, buat biskut ok plak.

Nominate 7 other Kreativ Bloggers. Post links to the 7 bloggers you nominate. Leave comments on each of the blogs to let them know they have been nominated.

1) Shima
2) Nur Azimah
3) Kak Annie
4) Ahliahnizam
5) Idah
6) Mamasyaza
7) Kak Atie

Sila amik dan tepek ye kawan-kawan. Thanks.

Thursday, July 30, 2009

Inilah Masanya!

I am soooo fat!
Kereta kami, bila dia nak rosak, dia akan bagi tanda-tanda akan rosak, macam keluar bunyi pelik atau yang tak sepatutnya.
Yati pula, rasa macam ada yang tak kena dengan diri sendiri. I know that my body is trying to tell me something, jadi Yati pergi buat blood test. Yati tak check semua pun, bila doktor tanya nak check apa, Yati kata, nak check cholesterol level. So ok, doktor ambik darah dan semalam, klinik telefon, kata result dah ada. Resultnya, kolesterol Yati tinggi. Tapi takde la tinggi sangat.

Result
Total Cholesterol = 4.7 mmol/L, atau (182 mg/dl)
Triglyceride = 0.40, atau (36 mg/dl)
HDL Cholesterol = 1.82, atau (71 mg/dl)
LDL Cholesterol = 2.70, atau (105 mg/dl)

Doktor bagi ubat untuk turunkan paras kolesterol. Kena check semula selepas 3 atau 4 bulan. Ok.
Jadi, Yati dah amik keputusan untuk ubah cara hidup Yati.
Yati buat entry pasal ni sebab nanti selepas 3 atau 4 bulan, Yati nak tengok sama ada berjaya atau tak. Juga mungkin boleh jadi peringatan pada kawan-kawan semua, supaya buat check-up juga. Supaya kita tahu kita ada sakit atau sihat. Supaya kita boleh ambil langkah sewajarnya untuk ubah apa yang patut. Lagi-lagi kalau kita ada family history, orang tua kita pun ada hipertension, kencing manis, masalah jantung atau kanser. Memang ajal di tangan Tuhan. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh elak dari mati mengejut oleh 'silent killers' ni, sebab anak-anak kita masih perlukan kita.

4 Ways to Fast Results

According to experts, there are four basic ways to get your cholesterol where you want it:

  • Eating a healthy diet.
Apakah dia healthy diet itu?
  • Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
  • Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.
  • Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Exercising
Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total.
  • Losing weight
Yati mesti kurangkan berat badan! Berat Yati sekarang 68 kg. Dah lebih 11 bulan lahirkan Sulaiman, tapi berat tak turun lagi. Makan banyak pulak tu. Bukan tak pernah cuba, tapi bila Yati tak makan nasi, susu badan pun jadi kurang. Sekarang ni, Yati rasa Yati perlu cut-down pengambilan nasi. Satu senduk sehari, boleh tak? Mesti cuba!
  • Taking medicine -- in some cases
Makan ubat doktor bagi. Makan vitamin.

Glosari
HDL is "good cholesterol." What's good about it? HDL attaches to bad cholesterol and escorts it to the liver, which filters it out of the body. So HDL reduces the amount of bad cholesterol in your system. Desirable number: 60mg/dL or higher.

LDL is "bad cholesterol." It can clog your arteries, increasing the risk of heart attack and stroke. Optimal number: Less than 100mg/dL. ---Yati tinggi ni!!! Inilah masanya untuk berubah!

Total cholesterol is the sum of all types of cholesterol in your blood. Although your doctor may still refer to this number, it's less significant than your HDL and LDL levels. Desirable number: Less than 200 mg/dL.

Triglycerides, while not cholesterol, are another type of fat floating in your blood. Just as with bad cholesterol, having a high level of triglycerides increases your risk of cardiovascular problems. Healthy number: Less than 150 mg/dL.

Inilah masanya!
Kawan-kawan, wish me luck! :)

Wednesday, July 29, 2009

Giveway by Jahitan Maklang And Ribbon Chanteq

Maklang sedang siapkan Ribbon Embroidery di atas untuk dijadikan tote bag dan sebagai giveaway!

Untuk melayakkan diri sertai Giveaway dari Maklang ni, rulesnya adalah:
1) Any Malaysian reader can join the giveaway contest . However, you have to be a follower of Jahitan Maklang blog and Ribbon Chantteq.

2) Make an entry regarding this give \away in your blog. Copy the above RE and write a brief description of Jahitan Maklang's blog and also on Ribbon Chanteq.

Yati selalu jenguk Blog Jahitan Maklang. Cuma Yati segan nak tinggal komen atau jejak di Shoutbox Maklang. Cuma ada keluar jejak kat Recent Visitors je. Bukan pe, sungguh terer maklang buat RE, tahap sifu ni, Yati rasa kagum. Tu la pasal agak segan nak tinggal jejak, walaupun selalu jenguk.
Maklang juga ada bekerjasama dengan Kak Ina, dengan menjual hasil tangan mereka di Ribbon Chanteq, dan ada juga buat kelas sulaman riben.

3) Link Jahitan Maklang and Ribbon Chanteq in your blog.
-Done.

4) Leave a comment in Jahitan Maklang's blog only so that she can put you in the list of the giveaway participants ( provided that all the above rules are adhered)
-Done.

5) The winner will be picked at random. However, the most creative entry will receive a mystery gift from Jahitan Maklang/ Ribbon Chanteq collections.
- Bestnya kalau dapat ni. :)

6) The closing date of this giveaway will be on 14th August 2009.

Mari-mari semua, kita join Giveaway dari Maklang ni!

Monday, July 27, 2009

Convert and stitch photo

Kadang-kadang kita tak jumpa design atau pattern yang kita nak untuk jahit cross stitch. Kadang-kadang nak cari pattern satu-satu kat kedai pun buat bengkok badan jugak, tak pun jari kita semua jadi hitam dok belek satu-satu pattern kat kedai orang, lebih-lebih lagi kalau orang kedai tu tak lap habuk dalam kedai dia. Mungkin kita nak jahit foto pet kita, keluarga kita, gambar rumah kita atau sebagainya. Jadi, convert foto ke chart adalah satu cara yang paling senang.

Mungkin tips-tips di bawah ni amat berguna pada yang berhasrat untuk jahit cross stitch dari foto.

  1. Pilih foto yang jelas dan terang. Jangan sesekali pilih yang gelap atau malap. Elok juga yang close-up, terutamanya kalau nak jahit potret seseorang, lebih baik foto tu close-up bahagian muka sahaja. Foto seorang lebih cantik hasilnya dari foto satu family (ramai orang).
  • Hadkan jumlah warna untuk pattern.
  • Buang background. Lebih-lebih lagi kalau nak jahit potret. Image-editing software seperti Photoshop memang banyak membantu. Lebih-lebih lagi kalau kita baru upload foto dari digital camera, file foto tu kan besar, jadi boleh reduce sikit size foto tu dalam pixel. Boleh juga crop atau guna eraser untuk buang background. Edit any red-eye kalau ada.
  • Terangkan (lighter kan) warna foto. Memang banyak komplen pasal software convert photo to chart ni, kebanyakannya hasilkan chart yang gelap.
Cuba tengok ni. Ni sepatutnya tangan seorang. Tapi gelap sangat warnanya.


Satu ketika dulu, masa Yati tak tau nak convert foto ke chart, Yati order online dari orang. Mostly ok, tapi pernah jugak jahit tone kulit tu lebih gelap dari gambar. Sekarang walau pun dah tahu camana caranya, kadang-kadang terjadi juga.

Pada customer Yati yang tak puas hati tone kulit jadi lebih gelap, sila email Yati, dan Yati akan design dan pos semula, tanpa sebarang bayaran.

Tips untuk jahit pula.

  • Kalau takde cahaya matahari masuk rumah atau ruang menjahit, dapatkan lampu meja. Tak semestinya lampu untuk craft yang mahal, lampu meja study biasa dah ok, asalkan white light, bukan cahaya atau mentol kuning atau lain-lain color. Ni penting, untuk dapat tengok warna yang betul semasa menjahit, juga boleh juga bantu kurangkan tekanan pada mata.
  • Mark atau tandakan bahagian yang sudah dijahit pada chart. Guna pensel boleh, highlighter pun boleh. Kita boleh nampak dengan jelas mana kita stop, juga untuk elak kekeliruan.
  • Gridding: Membantu jugak, tapi Yati malas ni. Jangan tiru Yati tau. Cuba dulu, kalau tak kita tak tau cara ni membantu kita atau melambatkan kita. Biasanya kat chart, setiap 10 rows atau baris, linenya gelap sikit. Jahit jelujur kat atas fabric kita, supaya kita tau position kita kat mana.
  • Elok jangan guna embroidery hoop tu, sebab nanti dia tinggal bekas kat fabric kita. Kalau mampu atau pernah jumpa kat oversea, boleh beli stitching stand with scroll rods tu, atau pernah dengar QSnaps? Dia macam frame 4 segi, yang dibuat dari PVC, yang ada klip pada setiap sisi. Dia boleh pegang kuat macam hoop, tapi tak tinggalkan kesan pada fabrik, dengor orang cakap camtu la. Atau tak pun, macam Yati je, free hand, guna tangan. Bila tak dijahit, gantung. Bila rasa-rasa nak simpan, to be continued sehingga angin malas reda, gulung fabric dalam tuala bersih dan simpan dalam drawer atau tempat yang selamat. Jangan lipat.

Yati salute orang yang boleh hasilkan pattern guna kertas graf dan pensel warna. Memang berbakat orang-orang camni. Pernah juga Yati jumpa orang yang hasilkan pattern dengan besarkan foto tu jadi petak-petak, dan matchkan kod warna (RGB color) dengan floss DMC. Boleh guna Photoshop juga dan Paint. Yang ni kena rajin dan adalah tipsnya camne, Yati tak tahu cara ni. Tak pun, guna computer software. Kalau nak, boleh order dengan Yati. Yati dah turunkan harga. Harga lama, RM35. Sekarang, RM25 untuk tukar foto ke chart.

Happy stitching and crafting everyone!

Sunday, July 26, 2009

Hari Sukan Amirul

Sabtu, 25 Julai - Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar. Dari prasekolah ke murid tahun 6, semua terlibat. Ada jugak acara yang dah langsung dulu, jadi cuma buat penyampaian hadiah. Untuk prasekolah, ada 2 acara, susun tin dan tarik bola guna hoop. Kami satu family pi, breakfast pun kat kantin sekolah. Sementara menanti acara dia orang, cikgu suruh depa sorak untuk abang-abang, kakak-kakak dia orang dulu.

Battery camera dah 'kong'. Bila tukar function je, camera off terus. Amirul plak sangat la laju waktu acara susun tin. Tak sempat mama nak amik gambar. Amirul rumah biru, menang. Time acara untuk prasekolah la yang mencuit hati mak bapak, sampai pengerusi majlis kena buat pengumuman banyak kali suruh mak bapak jangan berkumpul di padang. Lagi pun ada yang lepas susun tin tu, lari ikut arah salah la, terjatuh ada, terpeleot ada, macam-macam ragam.

Ha, yang ni baru clear skit. Itu pun ada gambar belakang cikgu la, ye lah, ni je posisi paling dekat boleh pi.
Sampai pukul 10 lebih skit, Sulaiman pun meragam nak tidor. Tapi tak boleh tidor sebab dia peluh dan panas. Jadi kami pun angkat kaki. Cabutan bertuah pun tak naik-naik nombornya, cikgu jugak yang menang.
Pastu kami pi klinik amik MC untuk Encik Abe, sebab dia sepatutnya pi kerja half day ari Sabtu, tapi kami pujuk toksah pi. Hehhe... bukannya hari-hari sekolah Amirul buat sukan.

Wednesday, July 22, 2009

Shocking news: H1N1 Selsema Babi

Terkojut den

Mula-mula, nampak students Uitm kat rumah ni, balik ramai-ramai, pakai penutup hidung tu. Punya la lama jerebu, baru hari ni ke nak pakai?
Sempat la tanya budak-budak ni, rupa-rupanya, ada suspek kes H1N1 la. Depa cuti seminggu, Uitm Seri Iskandar ditutup.
Setakat entry ni ditulis, baru nampak news kat bernama tv, kata suspek Uitm Seri Iskandar tu, bukan H1N1.
Ok, lepas ni tak boleh la bagi budak-budak ni main basikal kat luor.
Saya takut. Dah la Yati dah seminggu sakit tekak. Hafizan pun, sebab jerebu ni. Depa kata, indeks pencemaran udara takde la sampai tak sihat. Tapi kami rasa tak sihat je.
Konon H1N1 terkawal, ye la tu. Uitm penang pun ditutup jugak kan.

Monday, July 20, 2009

Friendship And Inspiration Award

Kedua-dua award dari Alynn. Thanks, Alynn.

Rules untuk awards ni...

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

Yati nak bagi kedua-dua awards ni pada semua followers blog Yati ni. Terima la, sila amik dan tepek di blog masing-masing ye, sebagai tanda penghargaan dari Yati!

Friday, July 17, 2009

Weaving Basket From Magazines

Yati jumpa tutorial best, menganyam bakul suratkhabar. Cantik hasilnya. Cuba tengok sini.

Kebetulan, kat rumah Yati, ada banyak katalog lama. Jadi, pe lagi... cuba la buat. Gambar pertama di atas, basket on the left, cubaan pertama Yati. Guna stapler, saje nak tahu camana. Amirul dah amik pulak, letak keta Hotwheels dia. Gambar kedua, cubaan kedua. Neat skit je banding first try. Tapi, masih kurang cantik. Takpe la, saja suka-suka.
Yati nak cuba buat yang kena lilit/gulung paper tu dulu guna lidi/stick. Yang tu, Yati belum cuba lagi. Akan cuba nanti, bila angin malas ni dah berlalu dan mood craft datang balik.

Sebenarnya, Yati dah amik keputusan untuk tidak lagi jual barang-barang dari katalog kat kedai online Yati. Katalog tu bermusim, Yati pulak tak terkejar nak update setiap issue. Ada yang customer order, tapi takde stock. Yati plak tak amik stock, cuma customer kena pre-order. Yati rasa ralat bila barang yang customer nak, tapi takde stock. Tapi bukan semua, yang katalog sepanjang tahun punya barang masih ada di kedai Yati. Yang tu Insya-Allah, barang ada. Walau pun agak berat, sebab ye la, cross stitch ni kan time consuming skit, sementara tunggu order dibuka atau siap, customer boleh jamu mata tengok handbag ke, apa ke, tapi ye la, Yati rasa Yati nak stop dulu jual bag-bag tu semua. Minta maaf pada customer yang pernah order barang kat Yati, tapi takde stock ye.

Yati masih membawa masuk barang-barang dalam garage sale. Sila la tengok ye.

Yati ingat, Yati kuat. Tapi dugaan tu, kalau nak datang, tak larat Yati. Letih. Hanya mampu terduduk tanpa membuat apa-apa. Hopefully semua ni sementara. Esok adalah hari baru. Semoga Tuhan bagi kekuatan pada Yati untuk teruskan hidup ni. Amin.

Tuesday, July 14, 2009

Garage Sale

Yati baru masukkan barang-barang second-hand kat kedai Yati.
Semua in good condition.
Harga semua tidak lebih RM5.

Jemput la tengok-tengok, Yati mungkin tak perlu barang ni semua buat masa ni, tapi mungkin amat berguna untuk anda semua.

Ni semua kesinambungan dari kerja-kerja we-want-to-get-rid-of-all-clutters-in-the-house. Boleh dikatakan sudah siap, walau pun tak berapa mencapai tahap yang Yati nak. Cepat siap sebab Encik Abe cuti 2 hari, tapi tak semudah yang kita orang sangka. Ye la, bila kami berkemas, anak-anak pun sibuk berkemas. Takde la sesempurna macam dalam Oprah tu, sebab dia orang ada tenaga professional yang tolong kat rumah. Tapi Yati puas hati.

Banyak barang telah dibuang, untuk disimpan, untuk diderma, juga untuk dijual (sebab tak sesuai untuk diderma).
Jemput semua kawan-kawan singgah ye. Ada banyak gi, tapi ni la Yati sempat upload buat masa ni. Sila-sila ke kedai Yati.

Wednesday, July 08, 2009

Cross Stitch Dolu-dolu

Meh kita tengok hasil kerja cross stitch dulu-dulu.

Ni cushion cover sebenornya. Tapi kusyen tu dah hilang bentuk asalnya, dan cover Garfield ni pun dah koyak. Dah banyak kali basuh ngan washing machine. Cushion ni mak Yati yang guna. Yang ni yati jahit masa lepas habis SPM. Yati pernah baca, boleh sebenornya kalau kita nak basuh apa-apa hasil cross stitch ni dengan washine machine, tapi elok kalau letak dalam laundry net, juga janganlah dibasuh selalu, kalau tak kotor. Color benang tu tak pudar pun, cuma fabrik je yang koyak.

Yang ni pulak, bukan Yati yang jahit, tapi my eldest sis. Jumpa waktu balik rumah ma baru-baru ni, dia simpan dalam almari belakang rumah. Dah bertukar warna jugak fabriknya. Dia jahit tahun 88, umur Yati 10 tahun waktu tu. Apa yang boleh kita simpulkan? Ye... rock untuk orang-orang lama!

Tuesday, July 07, 2009

Amazing Blog Award

Award dari Kakyong.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :
1) Yati kenal kakyong melalui mombloggersPlanet, melalui review oleh littleMama. Superb blogger! Banyak visitor dan follower blog kakyong ni. Terer betul.

2) Orang perak jugak wey...

3) Ibu kepada 3 orang cahayamata juga, sama cam Yati.

4) Homemaker juga, sama cam Yati.

5) Bukannya jauh sangat sebenornya, boleh jumpa kan..

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :

1) Suka cross stitch. Sejak anak dara dulu, mak yang ajar.

2) Tau tak dulu hobi Yati kumpul setem? Ada lagi album setem, kat rumah ma, tersimpan dengan elok dalam almari buku.

3) Dah lebih kurang 5 tahun jadi surirumah sepenuh masa.

4) Suka ada kedai online ni. Lebih-lebih lagi dapat pulak income dari hobi yang kita suka. Alhamdulillah.

5) Ketiga-tiga anak Yati laki. Mungkin takde sorang antara mereka yang dapat mewarisi cross stitch dari Yati, sebagaimana mak Yati turunkan ilmunya kat Yati, tapi bila dia orang dah besor skit, sorang mesti masuk dapur, untuk tolong masak. :)

6) Rindu jalan kat atas batas di sawah padi, bau sawah padi, dengar bunyi angin oleh pokok buluh masa Yati kecik-kecik dulu, masa pi mengaji, kat Kangar.

7) Selalu ada kenangan dengan pokok besar kat mana-mana Yati tinggal. Antara kenangan yang paling Yati ingat, Yati selalu tengok pokok besar kat tempat parking sebelah Tabung Haji Jalan Tun Razak. Masa tu Yati dok dalam kereta, sementara tunggu traffic yang bumper to bumper, lepak dengar radio dalam kereta sambil tengok pokok besar. Masa tu kerja lagi, malas dok dalam office, nak balik, malas nak drive dalam sesak.

8) Rasa macam rambut semakin banyak yang gugur.

9) Nak kena exercise sebab rasa cam makin gemuk.

10) Suka jugak tanam pokok bunga.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe tentang mereka :

Yati nak bagi award ni seterusnya kepada semua Followers Yati's Blog ni. Kepada mereka yang takde award lagi, sila-sila amik dan tepek award ni di blog anda ok!

Monday, July 06, 2009

Stitch-a-photo baru


Yati baru siapkan cross stitch gambar anak-anak Encik Zawawi. Amik masa lebih kurang sebulan untuk siap. It was a great pleasure for me untuk jahit wajah anak-anak yang mendamaikan ni, the eldest is Nurzahiah, 10 tahun, Nursyafiah, 5 tahun, dan baby Nurmuhammad, 5 bulan. Encik Zawawi request supaya background tidak dijahit. Bila dah frame nanti, lagi cantik. :)
Mulai 1 Julai 2009, Yati terpaksa naikkan skit harga stitch-a-photo ni, each 6 strand embroidery floss from DMC skrang dah RM1.50 each. Selama ni boleh gak mintak diskaun dari supplier, tapi skrang dah tak leh. Tapi harga naik skit je.

Gambar di atas adalah gambar ruang kerja Yati. Di meja ini lah Yati menjahit, dan di sini juga Yati online. Saje amik gambar ni, sebab lepas ni, Yati nak transform ruang kerja Yati ni supaya lebih organize. Tapi sebelum tu, kena clear up all the clutters dalam bilik Amirul, bilik belakang dan dapur. Phew... projek besar dan kemungkinan besar amik masa nak selesai, tapi akan buat, slow-slow.
'til then, take care everyone!