Friday, June 05, 2009

Stop amik tempahan

Until further notice, Yati stop amik tempahan stitch-a-photo buat sementara waktu, untuk siapkan order setakat ni.
Camana pun, servis tukar photo ke cross stitch chart (jahit sendiri) masih dibuka.

Saje je, nak share cross stitch gambor kucing ni, Yati buat dulu masa zaman anak dara, dan sekarang digantung kat rumah ma di Lumut. Pattern kucing ni dibeli di sebuah kedai hardware di Serdang (Jangan tak tau, ada satu kedai hardware di Serdang yang ada jual patterns, fabrics, DMC threads, huhu..) dan dipilih sendiri oleh ma, sebab katanya sebijik macam Amore, kucing kita orang yang dah pergi. Ini la cross stitch yang paling lama Yati amik masa untuk jahit. On and off sebenornya, beli pattern zaman anak dara, dan siap masa pregnant my first son. Tu pasai bersalin ceasar, sebab dok duduk buat cross stitch, tak exercise jalan langsung. Banyak guna tone color berlainan, satu petak, kena tukar lain tone, dok kerja tukar benang je. Tapi hasilnya, sangat la sebijik macam Amore, kucing kami.

Selamat berhujung minggu dari Yati!

4 comments:

  1. wah..cantik betul gambar kucing tu...terror betol yati..kena betul2 sabar kalo nak buat xstitch ni...

    ReplyDelete
  2. Mamasyaza, memang kena sabor. Kalau tak, dah give-up lama dah. :)

    ReplyDelete
  3. susah nyer kucing tu.
    sebab warna nyer lebih kurang jek...
    kelabu coklat mata kita!!!

    ReplyDelete
  4. Ha ah, betul Aida, kalau coklat tu, ada banyak tone dari yang paling gelap ke yang cerah. Itu la pasai ni hasil cross stitch yang paling lama Yati amik untuk siap. Sebab mata cepat jadi juling. Ho ho ho...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea