Wednesday, May 13, 2009

Thank you Friends!

Award dari kawan baru, Mamasyaza, (Conteng-conteng Kehidupan). Terima kasih kembali. Walau pun baru kenal, rasa macam connected, sebab sama-sama seorang ibu, sama-sama rasa perasaan dan pengalaman besarkan anak.
Menurut Mamasyaza, kena cerita sikit tentang kawan yang paling baik atau kawan yang paling kita sayang atau kawan yang boleh simpan rahsia diri kita. Kawan offline ke kawan online ye? Tak kira la ye.
Masuk dalam dunia internet telah temukan Yati dengan beberapa kawan baik yang dah lost contact sejak sekian lama. Walau pun cuma bertemu di alam maya, tapi rindu tu terubat dan seronok dapat jumpa kawan lama.
  1. Yati jumpa Zaihasra (kawan baik masa Sekolah Kebangsaan Seri Perlis) dekat Forum Wanita Melayu. (www.zairaidris.com) Zai yang tegur dulu, tak sangka plak boleh jumpa. Tengok gambar pun tak kenal sebab kita kenal dulu pun masa umur bawah 10 tahun. Tapi skrang dah jadi mak budak. :)
  2. Melalui blog juga Yati jumpa Norhafezah (Dari Mata Kecil Hafiey) yang juga kawan dari Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Hafiey juga yang tegur Yati dulu. Kebolehan kawan Yati ni yang bulih ingat semua benda pasal Yati memang menakjubkan!
  3. Baru-baru ni Yati jumpa plak ngan kawan baik masa SRK Sultanah Asma, Alor Setar kat Facebook, Siti Mazleena. Terharu sebab masih ingat lagi kat Yati.
  4. Teman maya yang tak pernah jumpa, tapi teringin nak jumpa satu hari nanti, Nadiah ( www. suterautama.com ), yang selalu gak borak kat YM. Tapi skrang masing-masing bz. :) Semoga selamat melahirkan baby!
  5. Teman maya yang pernah jumpa, Pea, ( http://sofeaki.blog59.fc2.com/ ), cuma tak tau bila dapat jumpa lagi, sebab Pea dok jauh, kat Jepun nun...

Tu je la. Thank you award special pada anda semua, tanda Yati hargai persahabatan kita sejak mula kenal sampai sekarang. Harap persahabatan kita berpanjangan. Tepek la award ni kat blog/website korang. Pastu, cerita la serba sedikit tentang kawan-kawan baik korang ye!

Terima kasih semua!

6 comments:

  1. terima kasih byk2 yati for the award.. saya pun rasa happy ada kwn mcm yati.. byk berkongsi rasa & pendapat.. semoga Allah kekalkan persahabatan kita ni ke akhir hayat.. Aminnn..

    ReplyDelete
  2. tq yati coz dah stori mori pasal kawan baik. yati mmg org perlis ka

    ReplyDelete
  3. Yati orang Perak, tapi dibesarkan di Perlis, Kedah, KL, Selangor. :)

    ReplyDelete
  4. Thanks for the award ... Terharu ... huhu!

    I like the way you spell my name ... but it is NORHAFIZA btw ... :p

    Have a nice day!

    ReplyDelete
  5. Uit Fiza, sori, wrong spelling plak.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea