Thursday, May 14, 2009

Tanamanku musnah

Habis kebanyakannya mati. Japanese rose yang dah berpasu-pasu, juga pokok ros. Nasib baik ada satu spesies begonia tu Yati dah transfer ke pasu baru. Pokok yang lama, yang Yati tanam 3 tahun lepas, yang dah merimbun dan keluar bunga dengan banyaknya, dah mati. Mula-mula dia layu je, ingat ke sebab tak cukup air. Maklumlah, pokok tu memang kena siram hari-hari pun, tambah plak kat sini panas, tak hujan. Tapi dia masih layu. Bila papa ngan ma datang hari tu, tanya dia orang, rupanya ada sejenis serangga perosak ni, warna putih, dia kecik je, dok buat rumah kat batang pokok tu. Macam ni lah rupanya serangga tu, kat batang pokok. Kerja serangga ni ialah, dia akan hisap semua nutrien dalam pokok, dan pokok akan mati perlahan-lahan. Kat bawah ni, serangga yang ada kat japanese rose. Semua kena gunting buang, sebab kalau tak, takut jangkit kat pokok lain yang belum kena. Tak de cara lain ke selain buang pokok yang dah kena? Ada, kena sembur racun perosak. Bagi Yati, memang takde pilihan lain, sebab budak-budak kat rumah ni suka pegang bunga dan pokok kat rumah, jadi memang Yati tak boleh sembur racun untuk selamatkan pokok tu semua. Waaaa.......

Ni la dia rupanya serangga perosak tu. Dia boleh terbang ke pokok lain. Kalau kita kibas-kibas pokok kita, tengok ada benda putih terbang, tu menatang ni la. Habis semua pokok bunga aku. Punya la bertahun bela, akhirnya kebanyakan pokok kena trash. Tu la dulu ada tengok Martha Steward Show, dia ada bagitau cara alternatif untuk gantikan racun serangga untuk pokok. Dia campurkan baking powder ke, cuka ke, apa ntah, dah tak ingat. Dulu tengok macam tu je, biasalah kita anggap benda tu takkan terjadi kat kita, bila dah terkena baru teringat, patutnya take note dulu. Nak buat camne. Sekarang cuma tinggal 2 pasu je Japanese Rose dan pokok pink rose. [Sigh...]

4 comments:

  1. samalah kat umah akak ni. tapi hero akak tu pandai bab2 mende ni. slalunye dia letak racun tp tak tau apa namanye utk musnahkan serangge tu. nanti akak tanye dia

    ReplyDelete
  2. Racun organik ke kak? Kalau racun pokok biasa tu, tak leh la sebab budak-budak ni suka pegang pokok.

    ReplyDelete
  3. Aisei.... sedihnye... saye pun ade tanam pokok ckit2, slalu nazak sbb lupe nak siram. Hehehe... at least now I know now what to watch out for. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  4. Dina,
    No problemo. Thanks singgah blog Yati ya! :D

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea