Tuesday, May 26, 2009

Tag: Kerja Rumah

Tag dari Kakyong

Ada 3 tag kat entry Kakyong, tapi boleh pilih mana-mana satu. Yati pilih yang paling pendek la yek. Hehhe. Marilah kita menjawap tag.

1) Bila terakhir anda cuci toilet?
Bulan lepas rasanya. Masih bersih lagi sampai hari ni.

2) Pencuci apa yang anda guna?
Kiwi CleanFloor

3) Dalam 1 minggu, berapa kali anda mop lantai?
Yati tak mop, tapi Yati lap. Kalau mop, lambat kering. Lagi pun, sebab kena scrub skit lantai tu. Depends la, kalau lantai bersih dan tak melekit, takde la lap. Tapi kalau anak bagi tumpah apa-apa ke, lap la.

4) Apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
Bagi anak-anak kenyang.

5) Apa hidangan makan malam anda yang paling simple?
Nasi ngan kicap dan telor goreng mata

6) minuman selalu anda buat waktu pagi?
Analene

7) Sebelum tidor, apa yang anda suka lakukan?
Check email, check kedai online, blog walking, gosok gigi, baca al-fatihah dan ayat qursi, dan zzzzz....

8) sape harus jawap tag?
Selalunya kena pass kat kengkawan, tapi kali ni, Yati rasa Yati tak nak pass la. Boleh tak kakyong?

Sebagai gantinya, Yati nak share 10 point penting dari buku Jangan Bersedih oleh Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dengan semua yang baca blog Yati ni. Kita ni senang lupa. Sebagai peringatan untuk diri Yati sendiri juga.

1) Merenunglah dan bersyukurlah

2) Yang lalu, biarlah berlalu

3) Hari ini milik anda!

4) Berbuat baik pada orang lain akan melapangkan dada

5) Usirlah kekosongan dengan kesibukan

6) Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan

7) Ambil hikmah dari setiap kejadian - "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu"

8) Solat, ubat mujarab pengusir kesedihan

9) Kesedihan, kegundahan dan kerisauan itu merupakan musibah dari Allah yang apabila menimpa seorang hamba, maka hamba tersebut akan diampuni sebahagian dari dosa-dosanya.


10) Jangan bersedih, kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, mulut, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.

Fikir-fikir sejenak. Take care semua!

8 comments:

  1. terima kasih sudi follow denaihati

    ReplyDelete
  2. SALAM yati,

    mekasih.. dah jawab pun ok.. sudi melayan tag..
    wah, minum anlene.. jaga tulang bior kuat... :)

    mekasih berkongsi tips jgn bersedih... :D

    ReplyDelete
  3. Ha ah kakyong, kena minum susu, lagi pun Yati masih susu badan baby Sulaiman. :)

    ReplyDelete
  4. aida suka yg nombor 10... kena bersyukur sebab apa yg kita ada ni pun da cukup perfect...

    bersedih tu bleh but, kena le berpada-pada...

    ReplyDelete
  5. baby sulaiman dah brp bulan.?
    kakyong pun masih fullu BF aliya.. tp kakyong tak suka minum susu tepung.. hahah.. dulu ade la ayhnye bellikan freshmilk dutch lady.. la ni jaga makan jer.. :)

    ReplyDelete
  6. Kakyong, Sulaiman 9 bulan.
    Yati pun kalau nak ikut ati, tak berapa suka, tapi kena minum juga. Doktor yang advise, suruh amik Calcium tablet gi. Bagus la kakyong jaga makan, Yati semua balun. Hehhe...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea