Wednesday, May 20, 2009

Projek kad hari guru Amirul

Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to Yati...
Happy birthday to me...
Hari ni, 20 May, birthday Yati yang ke 31. Setahun lagi lebih tua. Tua? Oh, tidak....!

Perbualan di antara Amirul (my eldest son, prasekolah) dan Yati semalam...

Mama: Sekolah Amirul buat pe untuk celebrate Hari Guru?
Amirul: Takde buat pe pun, hari ni ngan esok ada makan-makan.
Mama: Ok, cikgu Amirul buat pe?
Amirul: Ada kawan Amirul beli hadiah untuk cikgu. Tapi Amirul takde pun.
Mama: Ok, nanti mama buat card, pastu Amirul tulis greetings sendiri, nak tak?
Lalu Amirul pun senyum menampakkan giginya.

Ni Yati buat semalam, dan cadang nak bagi kat cikgu Amirul esok.


Yati dapat pattern bunga dari CrossStitcher magazine, cuma color je Yati ubah. Bagus majalah CrossStitcher ni, sebab dalam setiap issue kat belakang, dia bagi basic guide, contoh camana nak jahit simple cross stitch, backstitch, waste knot, loop knot, sketchy backstitch. Kalau sesapa nak belajar buat cross stitch, boleh beli majalah ni kat MPH. Dalam issue March 2009, dia ada ajar speciality stitches seperti tent stitch, satin stitch, foliage stitch, diamond ray, herrington dan lazy daisy stitches. Banyak jugak teknik yang Yati tak guna dan tak tau sebab tak pernah jumpa pattern yang guna teknik yang Yati sebutkan. Tapi kalau nak try something new, majalah ni ada bagi free sample (including fabric Aida, benang dan jarum) yang aplikasikan teknik yang dia ajar.

Balik pada kad hari guru yang Yati buat tadi, Yati guna sekeping corrugated cardbox paper dan kertas A4 color kat dalam untuk tulis greetings. Guess I underestimate stationary shops kat Seri Iskandar ni, banyak jugak jenis paper yang dia orang jual, no wonder student Uitm ramai masuk.
Dan hasilnya, kad ucapan Hari Guru 3D. Ni first time Yati buat cross stitch card. Bab ribbon tu, memang takde skill dari dulu. Huhu...

Adakah terlambat untuk mengucapkan selamat hari guru? Selamat hari guru pada semua cikgu-cikgu di Malaysia! Terima kasih pada cikgu masa darjah 1 yang mengajar Yati baca, Cikgu Rohana, ajar Yati mengira, Cikgu Normah, Mrs Katherine, cikgu yang push Yati masuk poetry reading masa English week dan baca depan assembly, semua cikgu-cikgu, dan lecturer yang pernah mengajar. Teringat kat Puan Saadiah dan Encik Razlan (Tok Lan, oopss... jahatnya aku dulu, selalu melawan cakap dia), those were the sweet days yang dikenang sampai akhir hayat.
Babai buat masa ni. Thank you pada semua yang wish Yati happy birthday sama ada menerusi telefon, SMS, email, mesej, you all make my day! :)

10 comments:

  1. Happy Belated Birthday to u Yati...Semoga panjang umo, dimurahkan rezeki dan berbahagia slalu bersama keluarga tercinta

    ReplyDelete
  2. timasih Kak emi. Yati masih belajar.

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday dear ... ter'miss' la plak!

    Anyway, I love the card. Simple yet elegant :) in its own way ...

    Yes, I remember Cikgu Rohana .. my stdrd 1 class teacher ... eh Yati dulu 1M gak kan?

    Teacher Norma tu, ajar math + english. Still remember, masa math I kena teruk dgn dia sbb haku tersangat slow dalam kira2 ni ... but, I become her pet in eng class ... cam split personality giteww!

    Apa lah kabar cikgu2 tu kan? How I miss them al

    ReplyDelete
  4. happy bday yati...
    saya tak online semalam...
    so, belated wish ler ni...

    good idea kan card buatan sendiri.

    ReplyDelete
  5. Thanks Fieza, yap, Yati dulu pun kelas 1M. Agaknya cikgu-cikgu kita dulu dah bersara dah kot yek.

    ReplyDelete
  6. Hai Aida, tq. Masih belajor gi nak buat card ni. :)

    ReplyDelete
  7. salam yati,

    selamat hari tua... hmm, baru 31.. less 10 = 21...

    kakyong 37 less 20 = sweet 17... ekekek... :D

    semoga dimurahkan rezeki.. diramaikan zuriat... ;)

    kreatif kad tu.. sure cikgu amirul suka..

    ReplyDelete
  8. hahahah.... lawak la kakyong ni.
    tima kasih.
    ha ah, cikgu amirul kata kad cantik. hehe..

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea