Friday, May 15, 2009

Projek buai Sulaiman

Sulaiman tidor dalam buai. Ada beli buai baru, tapi dia tak cover kat bahagian kepala, macam buai sedia ada yang selalu guna. Kalau tak tutup bahagian kepala tu, takut Sulaiman jatuh.

Ni gambar buai sebelum projek. Terpaksa pakai hari tu, sebab satu lagi buai Sulaiman kena cuci. Untuk elak Sulaiman jatuh, letak safety pin banyak-banyak kat bahagian kepala buai tu. Hook langsir pun letak jugak. Jangan ikut camni tau. Bahaya, dan ini kerja orang pemalas.

Ni pula gambar lepas buat projek. Amik motif baby dari buku Top 100 Cross Stitch Motifs oleh Michaela Learner. Pastu tepek atas kain cotton bunga kecil. Jadi Sulaiman dah boleh tidor dengan selamat. Lagi pun, sedap sikit mata memandang buai tu.


Sulaiman dah nak masuk 9 bulan. Suka ikut orang dah sekarang ni. Tak boleh tengok kita tengah bersiap pakai tudung nak keluar, dia buat bising, takut orang tinggal dia. Yati hilang sikit, dia dah bising. Dah boleh main dengan abang-abang dia. :)

video

Minggu ni kami nak balik Lumut.

Selamat berhujung minggu!

8 comments:

  1. wah...cantik buai setelah dibuat makeover. sronoknya dpt pegi Lumut. Dah lama tak pegi. Lumut tahun 93 dah tak sama macam sekrg.

    ReplyDelete
  2. You are creative ya! Next time if got chance to buy new buai, i will follow your style and sew up the gap!

    ReplyDelete
  3. Thanks Jess. But only during the 'rajin' time, whenever the lazy wind blows, satu projek pun tak jalan. Huhu... btw, thanks for dropping by!

    ReplyDelete
  4. kreatif...
    anak2 saya tak pakai buai...
    jap lagi aida transfer RM35...
    nanti cek tau...

    ReplyDelete
  5. Thanks Kak. Ha ah, Lumut sekarang ramai orang. Dah banyak kedai. Dulu siap ada padang bola kat lot kedai tu.

    ReplyDelete
  6. Thanks Aida. Payment received. Yati akan bagitau Aida bila dah pos. :)

    ReplyDelete
  7. kreatif sunguh yati....selamat la sulaiman ya..

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea