Saturday, May 23, 2009

Nak ke... tak nak

"Internet Explorer cannot open the internet site http://www.homemakers-puteri.com
Operation aborted"

Apa ke halnya yeop? Apa pulak masalah ni...
Hai, dah kena download Firefox plak nak tengok blog Yati ni hari ni.

Macam serabut je rasa hari ni.
Serabut dan pelik.
Sesuatu yang pelik berlaku petang tadi.
Betul ke...?

Boleh ke Yati? Ada kederat ke Yati nanti?
Baru dalam minggu ni jugak la sembang ngan husband Yati, kakak yang selalu niaga nasi lemak belakang rumah dah tak niaga sebab dia dah bekerja, jadi kalau Yati jual nasi lemak, mesti laku. Husband kata, ye la tu.

Pastu tadi petang, ada orang plak ajak Yati jadi partner bisnes nasi lemak. Aik... dah la baru berkenalan. Nasi lemak tu, idak le Yati tau masak, tapi sambal tumis tu, ok le. Juga, karipap, boleh la buat makan anak beranak. Ha? Sungguh pelik... nak ke tak nak...

Adoi.. camno ni?

Rezeki ye ni.
Yati teringat dulu. Masa Amirul setahun lebih, Yati pernah jual sandwich. Sandwich sardin dan telor. Bangun pukul 4 pagi setiap hari, dan bila husband pi kerja pukul 6.30 pagi, husband hantar sandwich ke warung roti canai. Masa tu, kami dok kat Seri Rampai, kat wangsa Maju. Warung tu niaga sampai pukul 11 pagi je, jadi dalam kul 11, Yati bawak Amirul pi amik bekas sandwich dan duit jualan dari abang roti canai tu. Kadang-kadang sandwich habis, kadang-kadang tak. Tapi tu dulu.

Lepas Amirul dah 2 tahun, baru Yati tinggal dia di nursery sebab Yati dapat kerja kat Tricubes waktu tu, QC. Tapi Yati kerja tak sampai setahun pun, sebab Amirul demam setiap bulan. Dia tak happy.

Husband pernah cakap, tak payah la susah-susah kerja, dok rumah jaga anak je. Tapi ntah Yati ni... kalau tak, tak kan ada satu tahun tu, boleh amik tempahan kueh raya, padahal buat biskut satu apa pun tak pernah sebelum tu. Tapi ramai plak yang order, dia orang cakap sedap. Suka sebab untung, tapi lagi suka bila orang kata kueh kita sedap.

Tapi kali ni, lain kes. Yati tak rancang semua ni. Tapi ada orang offer.

Nak pikir dulu pasal benda ni. Kena plan masa betul-betul kalau nak. Tapi kenapa kepala ni rasa berat je hari ni. Tidor dulu la.Selamat hujung minggu semua!

8 comments:

  1. org ajak yati bisnes nasi lemak eh ?

    pd aida, kalau dia bleh buat nasi nyer perfect, yati concentrate bab buat sambal. 2 ni penting. selain dari telur goreng / rebus, timun, kangkung goreng, kacang & ikan bilis.

    karipap & sandwich bleh gak yati top up kat situ. extra ! org beli punyer...

    but, pertama yati consider dulu faktor 'masa'. adakah berpeluang yati buat semua tu tanpa ketepikan anak2 & suami. surely kena bangun awal pagi memasak...

    kedua, tempat nak niaga... tu kena diskus dgn member yati tu. kena sewa ke ? kerusi meja ? lesen ? tu juga kena ambil kira = modal.

    kalau semua ok, why not. dpt extra income. brg makan ni, if kita buat bebetul sedap, org mesti berulang dtg.

    ada akak kat taman saya ni, jual nasi lemak semata-mata. sejak saya kawin [2003] dulu hingga sekarang ni masih ada. RM1 je nasi lemak nyer tak naik harga. nasi, sambal, ikan bilis, timun, kacang & telur rebus 1/4. sehari dpt dia tak kurang RM100. kiraan kasar sebulan RM3,000, kan ? bersih tolak modal, ada gak RM2,000...

    rezeki la tu dgn hanya niaga dari 6 pagi - 10 pagi maksima. sometimes 9 lebih da abis da nasi lemak nyer.

    fikir bebaik semua aspek. utamakan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Mesti la sedap biskut tu..kalo idak takkan ramai org nak tempah...errrmmm kalo buat nasi lemak pepagi mestilah sedap jugak...fikirkanlah mana yg terbaik

    ReplyDelete
  3. salam,

    rezeki usah ditolak.. apakah halangannyer??

    solat istiqarah, mana tahu lepas tu hati rasa tenang & aman, boleh buat keputusan. :D

    guna firefox better dr IE..

    ReplyDelete
  4. Halangannya, masa. Selain keluarga, Yati juga uruskan kedai online Yati.
    Ye, timasih kakyong.
    Ha ah, IE Yati pun asyik kejung je ('hang') kebelakangan ni. :)

    ReplyDelete
  5. Aida, tu la yang Yati takutkan. Takut tak terlayan plak budak-budak ni, kalau sibuk buat sambal, inti karipap, dll. Kena buat malam atau awal pagi la, masa budak-budak tidor.
    Tempat dah ada. Meja dah ada. Cuma Yati tak dapat duduk situ jaga kedai hari biasa, hari minggu dapat la kot. Sebab baby Sulaiman, 9 months, tidor time-time pagi camtu.

    ReplyDelete
  6. Aida, Mamasyaza, kakyong, timasih di atas pendapat/nasihat. :)

    ReplyDelete
  7. tu la pasal, yati. spt komen aida kat atas tu, faktor pertama = masa. yg tentukan, yati sendiri.

    or... yati ikat kontrak dgn dia in terms of prepare brg jek - sambal, kuih2. nak suruh jaga gerai memang tak dpt. kecuali hujung minggu. ok gaks kan ?

    fikir dalam-dalam...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea