Tuesday, May 26, 2009

Nak ke... tak nak Part II

Yati guna hari Sabtu dan Ahad lepas dengan memikir, doa dan mohon petunjuk dari Yang Esa, dan sedikit eksperimen.

Yati NAK, cuma Yati perlu test sama ada Yati boleh atau tak. So, pada hari Ahad, (hari Sabtu pi makan kenduri kat Sungai Siput, out for the whole day, phew..., nama je orang Perak, tapi baru first time sampai ke tempat bernama Chepor, Chemor, dan Sungai Siput), Yati buat kerja rumah seperti biasa, urus dan layan my three boys, masak, kemas, check my email dan check my online shop, dan eksperimen masak sambal tumis, prepare inti karipap, buat karipap dan goreng sekaligus.


makcik pengsan

Dan hasilnya.... makcik pengsan! Makcik pengsan! Erk.... letihnya.

Dan lagi, keletihan tu membuatkan Yati mudah naik angin walaupun kat benda kecik.

I'm very sorry to my dear husband, sungguh ku tak percaya keletihan boleh membuatkan ku bertukar menjadi monster! Bercakap meletup tanpa mengira perasaan orang yang ku sayang.


Therefore Yati mengambil keputusan untuk tidak join bisnes nasi lemak. Kawan Yati tu faham, dan mungkin belum tiba masanya lagi. Tak pun, mana tahu one day boleh jumpa kawan sesama suri rumah yang berminat. Sungguh memahami, Kak Yus. Yati minta maaf kalau menghampakan Kak Yus.

Unless Yati ada power macam Syler (cerita Heroes) yang boleh gerakkan benda tanpa perlu berjalan ke mana-mana, Yati akan tangguhkan dulu projek nasi lemak ni ke tahun di mana anak-anak Yati dah besar dan kurang perlu perhatian seperti sekarang. Yati tak mau kejar cari duit tapi anak-anak terabai.

So begitula ceritanya. Kita tak tau kemampuan diri kita melainkan kita cuba sendiri benda tu. Dan Yati respek mereka yang boleh jual kueh dan nasi lemak sebab kerja ni amat memenatkan.

Yati rasa ini la keputusan yang tepat buat masa ni. At least, Yati dapat kawan baru, sesama housewife, dan kebetulan, boleh banyak plak persamaan.

Husband nampak lega Yati tak jadi buat bisnes nasi lemak ni. Hehhe...

6 comments:

  1. ohoo ade online shop yer.. buat ape tu?? crosstich ke?? nanti yan nak singgahla..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Yati
    Idah setuju dgn apa yang akk lakukan..betul tu anak2 lebih diperlukan perhatian terutama dalam usia mereka meningkat dewasa kan...

    Namun idah doakan akk semoga berjaya..

    ReplyDelete
  3. he he he... memang mcm robot kita ni as a mother. semua benda nak kena handle... he he he... aida faham perasaan yati yang ter pengsan tu. aida tiap hari gitu.

    elok la. yati da eksperimen. and tau bahawa masa tak mengizinkan.

    berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...

    ReplyDelete
  4. Hi Yan, ha ah, Yati jual cross stitch. Kalau free, singgah le. Ada tu kat atas, button kedai online Yati. :)

    ReplyDelete
  5. Hi Aida. Aida tiap hari pengsan? Pergh... Yati paham.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea