Thursday, May 28, 2009

Award: Blogger Friendship & Cute's Blogger

Apo ni? Dok jawap tag ngan award je. Bila nak share hasil cross stitch terbaru ni. Currently angin kus kus datang melanda. Apa itu angin kus kus? Itu angin yang buat lemah-lemah anggota badan plus kurang masa untuk aktiviti sendiri sebab sibuk menjaga budak-budak kecik di rumah. Plus itu kuda inside me nak keluar berlari lagi. Plus sedikit emo. Waaa.... help me. Takpe takpe, i'm gonna be ok.


Yati gabungkan kedua-dua award ni sebab syarat-syaratnya sama.

Award dari
Idah dan Yan.

Syarat-syarat award ni ialah:
1. Copy badge untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Idah , Yati kenal dari Forum WanitaNiaga. Dulu Yati aktif kat situ, tapi skrang tak lagi.
Yan pun Yati kenal dari Forum WanitaNiaga. Customer Yati ni dulu masa Yati first jual barang baby.


3.
Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
Ok, berikut Yati punya fakta/hobi diri sendiri.

1. Hobi Yati cross stitch. Cross stitch adalah satu therapy untuk Yati, especially bila itu angin kus kus datang. Being a housewife yang kerjanya melayan karenah budak siang dan malam adakalanya buat Yati jadi tak berapa betul. Dah la dok terperap kat rumah je, nak keluar join ahli mesyuarat tingkap pun tak boleh, jadi masa pegang jarum, i'd lost in my own world.

2. Driving license Yati mati hari Sabtu ni, tak pi renew lagi.

3. Yati suka jalan. Ha? Jalan pi mana? Jalan kaki la pi mana-mana pun. Tapi Yati dah lama tak jalan, faktor utama sebab cuaca. Masa belum lahir Sulaiman, setiap pagi, Yati tolak Hafizan dalam stroller, pusing 3 round taman perumahan ni. Bila exercise, badan rasa ringan dan bertenaga. Tapi skrang susah skit la nak jalan.


4. Oi, apa lagi nak tulis ni? Idea tak dak. Ha, Yati cuma tau masak lepas Yati kawin, melalui resepi ma bagi dan beli buku resepi. Masa anak dara, cuma tau masak air, n
asi ngan telur goreng tomato. Hehhe...

5. Yati suka dok kat tepi sawah, bawah pokok, ngan tepi laut. Tapi kalau takde laut, lombong pun ok, sebab lombong kat sini macam laut jugak rupanya. Rasa aman di hati.


6. Yati anak ketiga dari 3 orang adik beradik yang semuanya perempuan.


7. Kedai online Yati, Yati & Stitch, dilancarkan pada 7 May 2008, di bawah syarikat Yati And Stitch Enterprise, yang beroperasi dari rumah. Alhamdulillah, kekal hingga sekarang. Masa Yati nak renew pendaftaran syarikat Yati ngan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) aritu, sistem online depa down, jadi husband terpaksa amik time-off dari office, pi branch SSM Perak di Greentown Mall, Ipoh. Bawak sekali our 3 boys, kami tunggu 2 jam tapi masih belum sampai nombor giliran kami. Hafizan mengantuk dan dia start naik angin, pastu ada seorang staff yang baru buka kaunter, terus panggil Yati, sebab dia tengok Yati dah lama tunggu, dah tu sambil dukung baby. Terus buat urusan renew dan settle dalam masa kurang 5 minit. I hate to admit this, tapi Yati tak suka buat kerja-kerja urusan dengan kerajaan. Servis lembab, dok tau mintak naik gaji je si CUEPACS tu. Kaunter ada 15, tapi yang buka 2. Ops, terlebih sudah. Minta maaf ye. (Oi, ni dah bukan fakta/hobi tapi dah jadi luahan perasaan)

8. Yati ada bela 2 ekor turtle dan 2 ekor ikan puyu kat rumah.

9. Yati kawin tahun 2001, lepas habis belajor.
Dianugerahkan 3 anak laki, Amirul, umur 6 tahun, pra-sekolah di Sek. Keb. Seri Iskandar.Hafizan, 3 tahun, dok kat rumah.
Sulaiman, 9 bulan.
10. I'm trying to get myself back to the right track. I'm gonna try harder to be a good muslim, mother, wife, and daughter.

Syarat seterusnya award ni

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.

Ok... berikut Yati senaraikan. Kalau sibuk, tak perlu la buat ye.

1. Aida
2. Ainiayu
3. Kak imanmom
4. Alynn
5. Hafiey
6. Dayang

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"

Hehhe, Yati dok pass award kat orang yang sama je. Sorry la yek. Kalau bz tak yah la buat. Special ni, 2 award dalam 1, syarat sama je.
Ok, babai!

2 comments:

  1. best nya.. tak kena.. sayang yati... hihihihhiiii...

    kakyong ni real mood letih, sajer nak meroyan kat sini... rumah yati kat mana erkk.. tadi kakyong ade antor email... boleh la bg alamat rumah...

    ReplyDelete
  2. Yati tau kakyong punya KIV pun banyak lagi. Hihhi..
    Rumah Yati kat Bandar Sri Iskandar. Aritu Yati ada pi Sungai Siput, mesti lalu rumah kakyong, kat chemor ke, chepor ye?

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea