Sunday, May 31, 2009

Scrapbooks...

Yati tak de la pandai berscrapbook ni. Yang simple tu boleh la buat. Yang guna banyak embelishment ngan layer tu, belum sampai lagi. Tapi ada sorang kawan Yati pandai berscrapping ni, dan ada yang dah print dan letak dalam frame, atau pun buat sebagai photo album. Baru-baru ni, dia ada buat gambar anak-anak Yati. Cuba tengok ni...


Cantik kan? Kalau Yati buat sendiri, takde la jadi camni, sebab kena kreatif jugak kan, nak letak dari sebesor sampai sekeciknya embelishment macam paper clip ke, button ke. Ada jugak yang buat betul punya, bukan digital, jadi family album jadi tebal dan seronok je tengok.
Kawan Yati ada amik order untuk digital scrapbook. Kalau interested, boleh la email Kak Atie atau pun page Facebook dia ni.
Have a happy Sunday everyone!

Thursday, May 28, 2009

Award: Blogger Friendship & Cute's Blogger

Apo ni? Dok jawap tag ngan award je. Bila nak share hasil cross stitch terbaru ni. Currently angin kus kus datang melanda. Apa itu angin kus kus? Itu angin yang buat lemah-lemah anggota badan plus kurang masa untuk aktiviti sendiri sebab sibuk menjaga budak-budak kecik di rumah. Plus itu kuda inside me nak keluar berlari lagi. Plus sedikit emo. Waaa.... help me. Takpe takpe, i'm gonna be ok.


Yati gabungkan kedua-dua award ni sebab syarat-syaratnya sama.

Award dari
Idah dan Yan.

Syarat-syarat award ni ialah:
1. Copy badge untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Idah , Yati kenal dari Forum WanitaNiaga. Dulu Yati aktif kat situ, tapi skrang tak lagi.
Yan pun Yati kenal dari Forum WanitaNiaga. Customer Yati ni dulu masa Yati first jual barang baby.


3.
Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
Ok, berikut Yati punya fakta/hobi diri sendiri.

1. Hobi Yati cross stitch. Cross stitch adalah satu therapy untuk Yati, especially bila itu angin kus kus datang. Being a housewife yang kerjanya melayan karenah budak siang dan malam adakalanya buat Yati jadi tak berapa betul. Dah la dok terperap kat rumah je, nak keluar join ahli mesyuarat tingkap pun tak boleh, jadi masa pegang jarum, i'd lost in my own world.

2. Driving license Yati mati hari Sabtu ni, tak pi renew lagi.

3. Yati suka jalan. Ha? Jalan pi mana? Jalan kaki la pi mana-mana pun. Tapi Yati dah lama tak jalan, faktor utama sebab cuaca. Masa belum lahir Sulaiman, setiap pagi, Yati tolak Hafizan dalam stroller, pusing 3 round taman perumahan ni. Bila exercise, badan rasa ringan dan bertenaga. Tapi skrang susah skit la nak jalan.


4. Oi, apa lagi nak tulis ni? Idea tak dak. Ha, Yati cuma tau masak lepas Yati kawin, melalui resepi ma bagi dan beli buku resepi. Masa anak dara, cuma tau masak air, n
asi ngan telur goreng tomato. Hehhe...

5. Yati suka dok kat tepi sawah, bawah pokok, ngan tepi laut. Tapi kalau takde laut, lombong pun ok, sebab lombong kat sini macam laut jugak rupanya. Rasa aman di hati.


6. Yati anak ketiga dari 3 orang adik beradik yang semuanya perempuan.


7. Kedai online Yati, Yati & Stitch, dilancarkan pada 7 May 2008, di bawah syarikat Yati And Stitch Enterprise, yang beroperasi dari rumah. Alhamdulillah, kekal hingga sekarang. Masa Yati nak renew pendaftaran syarikat Yati ngan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) aritu, sistem online depa down, jadi husband terpaksa amik time-off dari office, pi branch SSM Perak di Greentown Mall, Ipoh. Bawak sekali our 3 boys, kami tunggu 2 jam tapi masih belum sampai nombor giliran kami. Hafizan mengantuk dan dia start naik angin, pastu ada seorang staff yang baru buka kaunter, terus panggil Yati, sebab dia tengok Yati dah lama tunggu, dah tu sambil dukung baby. Terus buat urusan renew dan settle dalam masa kurang 5 minit. I hate to admit this, tapi Yati tak suka buat kerja-kerja urusan dengan kerajaan. Servis lembab, dok tau mintak naik gaji je si CUEPACS tu. Kaunter ada 15, tapi yang buka 2. Ops, terlebih sudah. Minta maaf ye. (Oi, ni dah bukan fakta/hobi tapi dah jadi luahan perasaan)

8. Yati ada bela 2 ekor turtle dan 2 ekor ikan puyu kat rumah.

9. Yati kawin tahun 2001, lepas habis belajor.
Dianugerahkan 3 anak laki, Amirul, umur 6 tahun, pra-sekolah di Sek. Keb. Seri Iskandar.Hafizan, 3 tahun, dok kat rumah.
Sulaiman, 9 bulan.
10. I'm trying to get myself back to the right track. I'm gonna try harder to be a good muslim, mother, wife, and daughter.

Syarat seterusnya award ni

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.

Ok... berikut Yati senaraikan. Kalau sibuk, tak perlu la buat ye.

1. Aida
2. Ainiayu
3. Kak imanmom
4. Alynn
5. Hafiey
6. Dayang

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"

Hehhe, Yati dok pass award kat orang yang sama je. Sorry la yek. Kalau bz tak yah la buat. Special ni, 2 award dalam 1, syarat sama je.
Ok, babai!

Tuesday, May 26, 2009

Tag: Kerja Rumah

Tag dari Kakyong

Ada 3 tag kat entry Kakyong, tapi boleh pilih mana-mana satu. Yati pilih yang paling pendek la yek. Hehhe. Marilah kita menjawap tag.

1) Bila terakhir anda cuci toilet?
Bulan lepas rasanya. Masih bersih lagi sampai hari ni.

2) Pencuci apa yang anda guna?
Kiwi CleanFloor

3) Dalam 1 minggu, berapa kali anda mop lantai?
Yati tak mop, tapi Yati lap. Kalau mop, lambat kering. Lagi pun, sebab kena scrub skit lantai tu. Depends la, kalau lantai bersih dan tak melekit, takde la lap. Tapi kalau anak bagi tumpah apa-apa ke, lap la.

4) Apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
Bagi anak-anak kenyang.

5) Apa hidangan makan malam anda yang paling simple?
Nasi ngan kicap dan telor goreng mata

6) minuman selalu anda buat waktu pagi?
Analene

7) Sebelum tidor, apa yang anda suka lakukan?
Check email, check kedai online, blog walking, gosok gigi, baca al-fatihah dan ayat qursi, dan zzzzz....

8) sape harus jawap tag?
Selalunya kena pass kat kengkawan, tapi kali ni, Yati rasa Yati tak nak pass la. Boleh tak kakyong?

Sebagai gantinya, Yati nak share 10 point penting dari buku Jangan Bersedih oleh Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dengan semua yang baca blog Yati ni. Kita ni senang lupa. Sebagai peringatan untuk diri Yati sendiri juga.

1) Merenunglah dan bersyukurlah

2) Yang lalu, biarlah berlalu

3) Hari ini milik anda!

4) Berbuat baik pada orang lain akan melapangkan dada

5) Usirlah kekosongan dengan kesibukan

6) Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan

7) Ambil hikmah dari setiap kejadian - "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu"

8) Solat, ubat mujarab pengusir kesedihan

9) Kesedihan, kegundahan dan kerisauan itu merupakan musibah dari Allah yang apabila menimpa seorang hamba, maka hamba tersebut akan diampuni sebahagian dari dosa-dosanya.


10) Jangan bersedih, kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, mulut, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.

Fikir-fikir sejenak. Take care semua!

Nak ke... tak nak Part II

Yati guna hari Sabtu dan Ahad lepas dengan memikir, doa dan mohon petunjuk dari Yang Esa, dan sedikit eksperimen.

Yati NAK, cuma Yati perlu test sama ada Yati boleh atau tak. So, pada hari Ahad, (hari Sabtu pi makan kenduri kat Sungai Siput, out for the whole day, phew..., nama je orang Perak, tapi baru first time sampai ke tempat bernama Chepor, Chemor, dan Sungai Siput), Yati buat kerja rumah seperti biasa, urus dan layan my three boys, masak, kemas, check my email dan check my online shop, dan eksperimen masak sambal tumis, prepare inti karipap, buat karipap dan goreng sekaligus.


makcik pengsan

Dan hasilnya.... makcik pengsan! Makcik pengsan! Erk.... letihnya.

Dan lagi, keletihan tu membuatkan Yati mudah naik angin walaupun kat benda kecik.

I'm very sorry to my dear husband, sungguh ku tak percaya keletihan boleh membuatkan ku bertukar menjadi monster! Bercakap meletup tanpa mengira perasaan orang yang ku sayang.


Therefore Yati mengambil keputusan untuk tidak join bisnes nasi lemak. Kawan Yati tu faham, dan mungkin belum tiba masanya lagi. Tak pun, mana tahu one day boleh jumpa kawan sesama suri rumah yang berminat. Sungguh memahami, Kak Yus. Yati minta maaf kalau menghampakan Kak Yus.

Unless Yati ada power macam Syler (cerita Heroes) yang boleh gerakkan benda tanpa perlu berjalan ke mana-mana, Yati akan tangguhkan dulu projek nasi lemak ni ke tahun di mana anak-anak Yati dah besar dan kurang perlu perhatian seperti sekarang. Yati tak mau kejar cari duit tapi anak-anak terabai.

So begitula ceritanya. Kita tak tau kemampuan diri kita melainkan kita cuba sendiri benda tu. Dan Yati respek mereka yang boleh jual kueh dan nasi lemak sebab kerja ni amat memenatkan.

Yati rasa ini la keputusan yang tepat buat masa ni. At least, Yati dapat kawan baru, sesama housewife, dan kebetulan, boleh banyak plak persamaan.

Husband nampak lega Yati tak jadi buat bisnes nasi lemak ni. Hehhe...

Sunday, May 24, 2009

Mama AliciaNorman's Birthday Giveaway

Happy belated birthday pada MamaAliciaNorman a.k.a Faridah dari My Sewing Room!

Yati nak cuba nasib. Mana la tahu yek. :)
Sesapa yang nak cuba giveaway dari MamaAliciaNorman ni, boleh la berkunjung ke My Sewing Room ye!

Yati dah lama jadi follower My Sewing Room. Suka baca blog jahitan, dan blog ni salah satu my peberet. Harap satu hari dapat satu Janome machine macam MamaAliciaNorman punya.

Ni salah satu giveawaynya...

Giveawaynya, ada 4, semuanya menarik belaka, jadi tunggu apa lagi? Mai la kita pi serbu ramai-ramai!

Saturday, May 23, 2009

Nak ke... tak nak

"Internet Explorer cannot open the internet site http://www.homemakers-puteri.com
Operation aborted"

Apa ke halnya yeop? Apa pulak masalah ni...
Hai, dah kena download Firefox plak nak tengok blog Yati ni hari ni.

Macam serabut je rasa hari ni.
Serabut dan pelik.
Sesuatu yang pelik berlaku petang tadi.
Betul ke...?

Boleh ke Yati? Ada kederat ke Yati nanti?
Baru dalam minggu ni jugak la sembang ngan husband Yati, kakak yang selalu niaga nasi lemak belakang rumah dah tak niaga sebab dia dah bekerja, jadi kalau Yati jual nasi lemak, mesti laku. Husband kata, ye la tu.

Pastu tadi petang, ada orang plak ajak Yati jadi partner bisnes nasi lemak. Aik... dah la baru berkenalan. Nasi lemak tu, idak le Yati tau masak, tapi sambal tumis tu, ok le. Juga, karipap, boleh la buat makan anak beranak. Ha? Sungguh pelik... nak ke tak nak...

Adoi.. camno ni?

Rezeki ye ni.
Yati teringat dulu. Masa Amirul setahun lebih, Yati pernah jual sandwich. Sandwich sardin dan telor. Bangun pukul 4 pagi setiap hari, dan bila husband pi kerja pukul 6.30 pagi, husband hantar sandwich ke warung roti canai. Masa tu, kami dok kat Seri Rampai, kat wangsa Maju. Warung tu niaga sampai pukul 11 pagi je, jadi dalam kul 11, Yati bawak Amirul pi amik bekas sandwich dan duit jualan dari abang roti canai tu. Kadang-kadang sandwich habis, kadang-kadang tak. Tapi tu dulu.

Lepas Amirul dah 2 tahun, baru Yati tinggal dia di nursery sebab Yati dapat kerja kat Tricubes waktu tu, QC. Tapi Yati kerja tak sampai setahun pun, sebab Amirul demam setiap bulan. Dia tak happy.

Husband pernah cakap, tak payah la susah-susah kerja, dok rumah jaga anak je. Tapi ntah Yati ni... kalau tak, tak kan ada satu tahun tu, boleh amik tempahan kueh raya, padahal buat biskut satu apa pun tak pernah sebelum tu. Tapi ramai plak yang order, dia orang cakap sedap. Suka sebab untung, tapi lagi suka bila orang kata kueh kita sedap.

Tapi kali ni, lain kes. Yati tak rancang semua ni. Tapi ada orang offer.

Nak pikir dulu pasal benda ni. Kena plan masa betul-betul kalau nak. Tapi kenapa kepala ni rasa berat je hari ni. Tidor dulu la.Selamat hujung minggu semua!

Wednesday, May 20, 2009

Projek kad hari guru Amirul

Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to Yati...
Happy birthday to me...
Hari ni, 20 May, birthday Yati yang ke 31. Setahun lagi lebih tua. Tua? Oh, tidak....!

Perbualan di antara Amirul (my eldest son, prasekolah) dan Yati semalam...

Mama: Sekolah Amirul buat pe untuk celebrate Hari Guru?
Amirul: Takde buat pe pun, hari ni ngan esok ada makan-makan.
Mama: Ok, cikgu Amirul buat pe?
Amirul: Ada kawan Amirul beli hadiah untuk cikgu. Tapi Amirul takde pun.
Mama: Ok, nanti mama buat card, pastu Amirul tulis greetings sendiri, nak tak?
Lalu Amirul pun senyum menampakkan giginya.

Ni Yati buat semalam, dan cadang nak bagi kat cikgu Amirul esok.


Yati dapat pattern bunga dari CrossStitcher magazine, cuma color je Yati ubah. Bagus majalah CrossStitcher ni, sebab dalam setiap issue kat belakang, dia bagi basic guide, contoh camana nak jahit simple cross stitch, backstitch, waste knot, loop knot, sketchy backstitch. Kalau sesapa nak belajar buat cross stitch, boleh beli majalah ni kat MPH. Dalam issue March 2009, dia ada ajar speciality stitches seperti tent stitch, satin stitch, foliage stitch, diamond ray, herrington dan lazy daisy stitches. Banyak jugak teknik yang Yati tak guna dan tak tau sebab tak pernah jumpa pattern yang guna teknik yang Yati sebutkan. Tapi kalau nak try something new, majalah ni ada bagi free sample (including fabric Aida, benang dan jarum) yang aplikasikan teknik yang dia ajar.

Balik pada kad hari guru yang Yati buat tadi, Yati guna sekeping corrugated cardbox paper dan kertas A4 color kat dalam untuk tulis greetings. Guess I underestimate stationary shops kat Seri Iskandar ni, banyak jugak jenis paper yang dia orang jual, no wonder student Uitm ramai masuk.
Dan hasilnya, kad ucapan Hari Guru 3D. Ni first time Yati buat cross stitch card. Bab ribbon tu, memang takde skill dari dulu. Huhu...

Adakah terlambat untuk mengucapkan selamat hari guru? Selamat hari guru pada semua cikgu-cikgu di Malaysia! Terima kasih pada cikgu masa darjah 1 yang mengajar Yati baca, Cikgu Rohana, ajar Yati mengira, Cikgu Normah, Mrs Katherine, cikgu yang push Yati masuk poetry reading masa English week dan baca depan assembly, semua cikgu-cikgu, dan lecturer yang pernah mengajar. Teringat kat Puan Saadiah dan Encik Razlan (Tok Lan, oopss... jahatnya aku dulu, selalu melawan cakap dia), those were the sweet days yang dikenang sampai akhir hayat.
Babai buat masa ni. Thank you pada semua yang wish Yati happy birthday sama ada menerusi telefon, SMS, email, mesej, you all make my day! :)

Friday, May 15, 2009

Projek buai Sulaiman

Sulaiman tidor dalam buai. Ada beli buai baru, tapi dia tak cover kat bahagian kepala, macam buai sedia ada yang selalu guna. Kalau tak tutup bahagian kepala tu, takut Sulaiman jatuh.

Ni gambar buai sebelum projek. Terpaksa pakai hari tu, sebab satu lagi buai Sulaiman kena cuci. Untuk elak Sulaiman jatuh, letak safety pin banyak-banyak kat bahagian kepala buai tu. Hook langsir pun letak jugak. Jangan ikut camni tau. Bahaya, dan ini kerja orang pemalas.

Ni pula gambar lepas buat projek. Amik motif baby dari buku Top 100 Cross Stitch Motifs oleh Michaela Learner. Pastu tepek atas kain cotton bunga kecil. Jadi Sulaiman dah boleh tidor dengan selamat. Lagi pun, sedap sikit mata memandang buai tu.


Sulaiman dah nak masuk 9 bulan. Suka ikut orang dah sekarang ni. Tak boleh tengok kita tengah bersiap pakai tudung nak keluar, dia buat bising, takut orang tinggal dia. Yati hilang sikit, dia dah bising. Dah boleh main dengan abang-abang dia. :)

video

Minggu ni kami nak balik Lumut.

Selamat berhujung minggu!

Thursday, May 14, 2009

Tanamanku musnah

Habis kebanyakannya mati. Japanese rose yang dah berpasu-pasu, juga pokok ros. Nasib baik ada satu spesies begonia tu Yati dah transfer ke pasu baru. Pokok yang lama, yang Yati tanam 3 tahun lepas, yang dah merimbun dan keluar bunga dengan banyaknya, dah mati. Mula-mula dia layu je, ingat ke sebab tak cukup air. Maklumlah, pokok tu memang kena siram hari-hari pun, tambah plak kat sini panas, tak hujan. Tapi dia masih layu. Bila papa ngan ma datang hari tu, tanya dia orang, rupanya ada sejenis serangga perosak ni, warna putih, dia kecik je, dok buat rumah kat batang pokok tu. Macam ni lah rupanya serangga tu, kat batang pokok. Kerja serangga ni ialah, dia akan hisap semua nutrien dalam pokok, dan pokok akan mati perlahan-lahan. Kat bawah ni, serangga yang ada kat japanese rose. Semua kena gunting buang, sebab kalau tak, takut jangkit kat pokok lain yang belum kena. Tak de cara lain ke selain buang pokok yang dah kena? Ada, kena sembur racun perosak. Bagi Yati, memang takde pilihan lain, sebab budak-budak kat rumah ni suka pegang bunga dan pokok kat rumah, jadi memang Yati tak boleh sembur racun untuk selamatkan pokok tu semua. Waaaa.......

Ni la dia rupanya serangga perosak tu. Dia boleh terbang ke pokok lain. Kalau kita kibas-kibas pokok kita, tengok ada benda putih terbang, tu menatang ni la. Habis semua pokok bunga aku. Punya la bertahun bela, akhirnya kebanyakan pokok kena trash. Tu la dulu ada tengok Martha Steward Show, dia ada bagitau cara alternatif untuk gantikan racun serangga untuk pokok. Dia campurkan baking powder ke, cuka ke, apa ntah, dah tak ingat. Dulu tengok macam tu je, biasalah kita anggap benda tu takkan terjadi kat kita, bila dah terkena baru teringat, patutnya take note dulu. Nak buat camne. Sekarang cuma tinggal 2 pasu je Japanese Rose dan pokok pink rose. [Sigh...]

Wednesday, May 13, 2009

Thank you Friends!

Award dari kawan baru, Mamasyaza, (Conteng-conteng Kehidupan). Terima kasih kembali. Walau pun baru kenal, rasa macam connected, sebab sama-sama seorang ibu, sama-sama rasa perasaan dan pengalaman besarkan anak.
Menurut Mamasyaza, kena cerita sikit tentang kawan yang paling baik atau kawan yang paling kita sayang atau kawan yang boleh simpan rahsia diri kita. Kawan offline ke kawan online ye? Tak kira la ye.
Masuk dalam dunia internet telah temukan Yati dengan beberapa kawan baik yang dah lost contact sejak sekian lama. Walau pun cuma bertemu di alam maya, tapi rindu tu terubat dan seronok dapat jumpa kawan lama.
  1. Yati jumpa Zaihasra (kawan baik masa Sekolah Kebangsaan Seri Perlis) dekat Forum Wanita Melayu. (www.zairaidris.com) Zai yang tegur dulu, tak sangka plak boleh jumpa. Tengok gambar pun tak kenal sebab kita kenal dulu pun masa umur bawah 10 tahun. Tapi skrang dah jadi mak budak. :)
  2. Melalui blog juga Yati jumpa Norhafezah (Dari Mata Kecil Hafiey) yang juga kawan dari Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Hafiey juga yang tegur Yati dulu. Kebolehan kawan Yati ni yang bulih ingat semua benda pasal Yati memang menakjubkan!
  3. Baru-baru ni Yati jumpa plak ngan kawan baik masa SRK Sultanah Asma, Alor Setar kat Facebook, Siti Mazleena. Terharu sebab masih ingat lagi kat Yati.
  4. Teman maya yang tak pernah jumpa, tapi teringin nak jumpa satu hari nanti, Nadiah ( www. suterautama.com ), yang selalu gak borak kat YM. Tapi skrang masing-masing bz. :) Semoga selamat melahirkan baby!
  5. Teman maya yang pernah jumpa, Pea, ( http://sofeaki.blog59.fc2.com/ ), cuma tak tau bila dapat jumpa lagi, sebab Pea dok jauh, kat Jepun nun...

Tu je la. Thank you award special pada anda semua, tanda Yati hargai persahabatan kita sejak mula kenal sampai sekarang. Harap persahabatan kita berpanjangan. Tepek la award ni kat blog/website korang. Pastu, cerita la serba sedikit tentang kawan-kawan baik korang ye!

Terima kasih semua!

Tuesday, May 12, 2009

Gifts on Mother's Day

Makcik bz, makcik bz... Bz siapkan cross stitch untuk customer (Fid dari sabah, Thanks!) - dah siap dah pun projeknya, bz jaga budak-budak ni, si kecik Sulaiman pun dah join sekaki ngan abang-abang dia. Nak pi toilet pun susah. Bila Yati hilang je, dia melalak. Waiya.... pengsan aku! Hehhe.... tapi dia orang ni, buat projek diam-diam je ngan bapaknya last Sunday. Ingat ke dia orang nak kuor pi mana, tengok-tengok dia orang bawak balik cake sempena Mother's Day.

A cake and bunga carnation. Tengok la tu, eja Mother pun tak betul. Tak kisah la tu. Rasa terharu ada, sedih ada, hatiku berbunga-bunga, rasa Yati dah pilih jalan yang paling betul sejak 7 tahun lepas. Amirul, Hafizan, Sulaiman dan suamiku tercinta, Wan Azlan Wan Daud, I love u guys very much!

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day!

Selamat Hari Ibu pada semua ibu-ibu kat luar sana. Semoga hari ni adalah hari yang ceria bagi semua ibu-ibu. :)

Hmmm, mak Yati ada tengok gambar-gambar dalam kamera hari tu. Habis la dia sound sebab bawak anak pi tengok benda pelik-pelik. Refer entry Yati yang lepas, tajuk Langit Biru.

Apa yang peliknya? Rupanya, awan tu ada muka macam orang!
Ha? Ya Allah, I never noticed, kalau ma tak cakap, Yati pun tak perasan.

Cuba tengok ni...

Habis ma sound, ha, ni bawak budak kuor waktu maghrib, etc, nanti anak demam, tengok benda pelik, baby patut dok rumah je, bla... bla... Sebenarnya kami tengok awan tu early morning, bukan petang atau maghrib. Apa pun, cakap ma memang betul. Yang pasti, Yati dah takut nak amik gambar awan.

Dengar cakap dan sayangi mak kita, Happy Mother's Day!

Monday, May 04, 2009

It's May!

Sekejap je, dah masuk bulan May. Suka bulan ni. Ok, memang bulan ni banyak public holiday. Tapi, antara sebab Yati suka bulan May ialah...
  1. Birthday Yati! Hehhe... I'll turn 31 on 20th May. Takde apa yang Yati harapkan, cuma agar Yati sihat untuk jaga anak-anak dan anak-anak pun sihat.

  2. Anniversary Yati And Stitch yang pertama pada 8th May. Yati And Stitch Enterprise dah beroperasi selama setahun dari rumah, semuanya kerana sokongan dari anda semua!

Itu je la. :) Agak sibuk sikit kebelakangan ni, siapkan kerja offline. Banyak benda kena buat. Tengah siapkan satu persatu.

Thank you for reading my blog dan juga kerana singgah dan membeli di Yati And Stitch!

Saturday, May 02, 2009

Mother's Day Giveaway!

Sempena Hari Ibu ni, Mom Bloggers Planet dan AliceWonders.com ada buat contest, dan antara hadiahnya, handbag!!!! Senang je contest tu. Contest berakhir pada 9 Mei. Kita boleh pick mana-mana handbag yang semuanya cantik-cantik! Lengkapkan slogan dan cross your fingers, mudah-mudahan, mana tahu boleh menang. ^_^