Wednesday, April 29, 2009

Pangkor Trip

Kami pi Pangkor hari Ahad lepas. Kami naik feri pukul 7.30 pagi. Jadi, tak ramai orang pun, walaupun pi waktu minggu JomHeboh. Bercakap pasal JomHeboh ni, nampak ramai sangat orang beratur tengah panas untuk naik bas ke JomHeboh dalam navy. Hui... bas tu plak dia isi sampai penuh, baru jalan. Sebenarnya, tempat dia orang buat tunggu bas ni (Taman Beruk Paya Bakau) opposite dengan pintu gerbang Venice of Perak. Jadi, boleh la nampak masa datang rumah ma aritu.
Berbalik pada Pangkor, last sekali Yati pi Pangkor, masa lepas habis SPM. Masa kerja dengan FTM dulu, ada pergi company trip ke Pan Pacific (sekarang dah tukor nama ke Pangkor Laut ke, apa ke, tak pasti), tapi tu tak dikira sebab dok dalam kawasan hotel je, aktiviti semua kat hotel, tak keluor pekan Pangkor langsung. Yati tak sabor sebenarnya nak pergi Pangkor, sebab suka laut, dan dah lama tak pergi holiday. Ni antara gambor-gambor kami.
Mama, Hafizan, Abang dukung Sulaiman. Tengok la kat belakang tu, takde orang lain langsung. Ni first trip abang ke Pangkor.
Hafizan pun excited sebab naik ferry. Ma kat belakang dengan kainnya, sebab sejuk air-cond kuat.
Ni kami dah sampai Pangkor. Seronotnya!

Amirul ngan Hafizan sibuk main sand castle.

Ni abang kat depan chalet kita orang. Kami dok kat Palma Resort, Teluk Nipah. Kat Teluk Nipah ni, ada banyak chalet-chalet, kedai souvenir, kedai makan, cyber cafe dan dekat benor ngan laut.

Grandsazer dan keluor.

Dekat Teluk Nipah ni, banyak betul burung apa ni, burung kenyalang ke, burung enggang dalam bahasa melayu? Hornbill orang putih cakap. Makcik Seri (tuan punya Palma Resort) bagi burung makan nasi pagi-pagi.

Esoknya, on Monday (Amirul skip school satu hari, hehhe), sempat singgah di kubu Belanda lepas breakfast kat Pekan Pangkor. Nampak tak meriam kecik kat atas tanah tu? Yati boleh tersadung benda tu dan jatuh tersembam macam nangka jatuh, dah la Yati tengah carry Sulaiman. Terkejut dia. Yati pun tak nampak benda meriam kat bawah tu. Nasib baik semua ok. Amirul plak tak nampak tangga, boleh terpeleot kat steps nak naik atas tu.

Dalam kul 12 camtu, kami pun check-out dan bertolak balik. Matahari atas kepala.

Macam tu la ceritanya. Sampai sekarang letih dan lenguh kaki tak hilang lagi. Sebab dukung budak dan bawak beg. Tapi seronok sebab makan ikan besar masak sweet sour. Mandi laut sampai 3 kali. Tak tau bila lagi dapat sampai sana.

Ni ikan stim, Yati masak for lunch. Dapat resepi ikan stim ni dari Makcik Seri. Seeedaaap!

Please vote untuk poll kat sebelah kiri ni ye. :) Thanks.

2 comments:

  1. Salam Yati...Wah best nye cik Nuri nengok gamba2 famili Yati ke Pulau Pangkor...tringat masa acik brsama famili bercuti ke sana hujung tahun lpas...anak2 pasti seronok...baby Sulaiman ok? Da pandai ape agak nye enh?

    ReplyDelete
  2. ha ah, best pi pangkor aritu. Maklum la, dah lama kami tak bercuti.
    Baby Sulaiman skrang pandai merangkak, dari depan rumah ke dapur, sibuk sangat meng-explore. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea