Tuesday, April 21, 2009

Langit Biru

Hari Isnin lepas, Perak cuti, birthday Sultan Perak. Sulaiman macam biasa, bangun awal, pukul 5 pagi dah gerak orang. Bila semua dah bangun, pergi breakfast kat makcik bawah pokok. On the way there, masa lalu kat UTP, nampak awan tu lain sangat. Waktu tu, langit mendung, macam nak hujan. Macam painting guna water color. Dulu, masa form 1, Ms ooi pernah tegur sebab lukis langit macam ni. Dia kata, takde blend, cuma strokes guna brush. Hari tu, Yati nampak langit macam painting yang Yati buat dulu. Cuma bezanya kali ni, Kuasa yang amat besar yang jadikan sebegitu rupa. Kagum dan masa yang sama takut. Pernah tak rasa macam tu? Rasa kita ni kecik je. Kita cuma mampu corakkan sesuatu kat kertas. Tapi Dia boleh corakkan langit dalam sekelip mata. sekejap je corak awan tu.



Amirul muka masam sebab dia nak amik gambar. Gambar kat bawah ni, Amirul yang amik. Hafizan dengan rambut baru. First time gunting kat mamak. Selama 3 tahun, dia tak bagi sesapa gunting kecuali bapaknya. Tapi bila baru baik demam aritu masa ikut bapaknya gunting rambut, tiba-tiba Hafizan pergi kat kerusi mamak tu, cakap nak gunting rambut. Nampak dia lebih ceria, mesti rasa kepala ringan skit.

Ada pattern cross stitch baru upload. Cuba klik budak kecik kat bawah tu. :)

Yati And Stitch

No comments:

Post a Comment

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea