Tuesday, March 17, 2009

A New Day

Semalam tu dah ok. Amirul tulis surat masa dok half day kat office bapaknya. Masa dia orang balik, dia orang cakap sorry dan peluk.

Jumpa sesuatu dalam Mingguan Wanita keluaran 13-19 Mac 2009, ruangan Mencari KeredhaanMu.

"Dalam apa jua tekanan hidup yang kita alami, kita perlu kembali kepada Allah, menyerahkan diri kepadaNya dengan penuh pengharapan. Kecerdasan emosi dan spiritual diri akan tunduk kepada fitrah kekuasaan Allah. Maka apa yang diharapkan tentulah pertolongan daripada Allah dalam menyelesaikan tekanan hidup yang dialami.

Hati (Qalb) yang mengimbangi peranan akal ('akl) harus lebih terdidik dengan sifat fitrah yang telah ditiupkan oleh Allah dalam diri setiap insan. Proses meningkatkan peranan hati (Qalb) dengan mengingati Allah sebagai sumber kekuatan dan energi. Percayalah Allah itu lebih dekat kepada manusia melebihi dari urat merihnya (saluran darah di leher). Berdamping dengan Allah pada setiap masa dan mohonlah petunjukNya di kala kita berada dalam kesusahan."

Pokok kari kat rumah Yati keluarkan bunga. Pelik tak? Pokok kari ada bunga ke? Tak pernah pun berbunga selama ni. Pokok mempelam Yati pun baru tahun ni berbuah setelah 3 tahun kami dok Perak ni. Ari tu, dah rasa buah pelam sulong, saje amik muda, nak cicah dengan kuah rojak. Boleh tahan masam! :)

Cuma yang peliknya, pokok kari kat rumah ni yang start keluar bunga pada 2 hari lepas. Pokok kari tu dah nak mati dah, tapi lepas kami transfer ke pasu lebih besar, dia hidup balik. Bunga yang keluar dari pokok kari tu saiznya kecil je, tapi ada bau, macam bunga yang orang India pakai di rambut tu, bunga apa, bunga melur ye? Yati ada snap gambar bunga pokok kari. Subhanallah.

No comments:

Post a Comment

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea