Monday, March 16, 2009

Gunung Berapa Akhirnya Meletup Jua

Meletup sekuat-kuatnya. Sekuat tamparan yang singgah di punggung Hafizan & Amirul. Sekuat pukulan bantal kusyen yang dipukul ke badan Hafizan & Amirul. Sekuat bunyi mainan polis naik motor terhempas ke lantai dan pecah dibaling Yati. Tak ingat untuk beristighfar. Tak ingat untuk tarik nafas yang panjang. Hanya lahar panas menggelegak dari kepala keluar memancut keluar.
Tengah tidurkan Sulaiman dalam buai, bila Amirul & hafizan meluru masuk dalam bilik main kejar-kejar. Sulaiman yang terjekejut dengar bunyi bising terus melalak. Dah pun pesan awal-awal supaya jangan buat bising. Cuti sekolah, jadi dengan Amirul dok rumah, Hafizan ada geng dan mula lah besar kepala. Kalau bukan cuti sekolah, Hafizan biasanya duduk diam, asalkan perutnya kenyang dan on saje Playhouse Disney Channel, dia tak kan kacau kita buat kerja.
Kenapa budak-budak ni tak dengar cakap Yati? Apabila cara lembut tak berhasil, tangan Yati dengan ringannya naik ke dia orang.
Dah lama lahar ni nak keluar, tapi sebelum ni cuma cebisan saje. Tapi nampaknya, tak tertahan lagi. Lebih baik Hafizan & Amirul dihantar ke nursery atau ikut saje bapak dia orang pi office. Buat bising saje kalau dok rumah.
Cemburu tengok keluarga yang hantar anak dia orang pada pengasuh atau nursery untuk dijaga. Cemburu tengok anak sulong orang lain boleh diharap jaga adik kecil sementara ibu buat kerja di dapur. Cemburu dengan suami sendiri yang pergi makan kenduri hari Sabtu & Ahad lepas sedangkan Yati berkepit dengan budak-budak 24/7. I barely had time to myself. Kuda kat dalam ni meronta-ronta nak keluar berlari di padang rumput yang luas. Am I a bad mother having thought like this?
I wish I could live happily, macam 2 peserta Amazing Race musim keberapa, yang dua orang hippy tu, sukaria dari awal sampai akhir, dan akhirnya dia orang yang jadi juara musim tu. Tapi Allah takkan bagi dugaan yang hambaNya tak boleh terima, sebab Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita, betul?
Boleh kah kita besarkan anak tanpa tinggikan suara? Boleh kah kita besarkan anak tanpa pukul dia orang? Yati dah cuba jadi kawan dia orang, tapi kenapa dia orang tak dengar cakap Yati? Sangat playful. Tak boleh main diam-diam ke masa adik kecik nak tidor? Kalau Yati tak fikirkan Sulaiman, dah lama Yati kembali kerja makan gaji. Akan terus berdoa semuanya akan ok.

No comments:

Post a Comment

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea