Wednesday, February 25, 2009

Time flies by...

Yati tersangat memikirkan macamana nak tambah prospek dan untung, sampai Yati lupa nawaitu Yati waktu mula-mula buat bisnes online. Yati terlalu fikir cara dan strategi macamana sampai Yati lupa tanggungjawap Yati. Semuanya pasal satu email dari seseorang ni.
Dia cuma tulis sikit saje. Cuma sebaris ayat, tapi impaknya kuat sampai gugur jugak airmata ni untuk satu hari. Yati yang memang sensitif sejak azali ni, rasa macam putus cinta boyfriend pertama waktu terima email tu. Walau pun yang menulis tu cuma customer. Yati tak tau sakit jugak bila kita hilang customer ni. Yang sakit tu, sebab penyebabnya, Yati tak boleh nak buat ape.
Bila kata respon Yati agak lambat bila tanya soalan, ya, Yati akui. Being a mother of three boys, paling cepat Yati boleh jawap soalan sekiranya customer bertanya sebelah pagi, adalah waktu malam, baru Yati boleh reply. Insya-Allah, sekiranya masa mengizinkan. Jika tak, within 3 days, Yati akan jawap.
Yati duduk rumah untuk jaga ketiga-tiga anak Yati. Yati cuma online apabila masa mengizinkan saje. Banyak kerja yang kena buat sebagai surirumah. Yati tak harap orang untuk faham, khususnya kaum lelaki. Jika nak respon lebih cepat, kenapa tak telefon? Itu la tujuannya Yati letak nombor telefon di kedai online Yati supaya semua soalan dapat dijawap. Biasalah lelaki ni, macam penakut nak telefon, cuma berani di email. Sebab sepanjang pengalaman Yati, tak pernah pun customer lelaki telefon, kebanyakannya perempuan.
Kak Zara dari Kedah (Terima kasih!) yang telefon semalam tanya tentang pattern bunga. Yati tak banyak pattern dalam simpanan. Cross-stitch pattern ada designer masing-masing, jadi ada copyright. Yati sedang cuba tambah pattern di kedai. Sementara tu, Yati terima apa saje gambar untuk dijadikan pattern dari customer, tak kira gambar objek ke, bunga, kenderaan ke (budak-budak suka ni, kereta, lori, etc), family photo, cartoon character, Yati akan transfer ke pattern. Harap menjawap soalan kepada mereka yang bertanya.
Yati tak dapat menjanjikan masa yang pantas untuk respon, tapi yati menjanjikan kualiti atas semua produk Yati And Stitch.
Masa kecik-kecik dulu dan sampai sekarang, Yati selalu habis makan lambat, sebab Yati makan slow, tapi selalunya habis.
Masa sekolah, Yati bukan lah yang pertama hantar kerja sekolah yang kena submit pada masa tu, sebab Yati buat kerja agak perlahan tapi semua kerja rumah dapat pujian atau A dari cikgu. Tapi of course Yati submit before time-frame yang dia bagi.
Sekali lagi Yati nak cakap di sini, kalau nak respond cepat, tak sempat-sempat nak tunggu, gimme a call, 017-5349314. Apa saje soalan, sama ada tentang cross-stitch atau kelas online bina website. Jangan malu-malu tanya ok.
Masa Yati pergi pasar malam hari Isnin lepas, abang yang jual coconut shake tu boleh kenal Yati plak. Dia tahu Yati ada bisnes di internet. Bila tanya dari mana dia tahu? Dari Tagged. Tak sangka ye, boleh kenal Yati plak.
Thanks ye abang coconut shake! Kalau abang nak buat web niaga, cari Yati tau. Kalau takde idea, Yati boleh tolong.
Itu pasal Yati ada akaun Tagged, Facebook, Myspace, Hi-5, Friendster, dan yang seumpamanya. Bukan setakat tambah kenalan, tapi tambah bisnes network juga.
Bukan pada abang coconut shake saje, semua la, tak kira yang ada bisnes tapi belum ada website, yang selalu bagi katalog kat jiran-jiran dan ofismate supaya beli, yang terpikir nak menceburi online bisnes tapi tak berani, contact Yati atau boleh refer sini lebih lanjut.
Husband Yati kata, hilang satu customer, 2-3 customer lagi akan datang. Yati tengah buka minda Yati. Yati terlalu kejar benda ni semua sampai Yati lupa nak have some fun and to stop and smell the fragrant of my roses. I'm back to my original self (hmmm, betul ke ayat ni?).
Work and have fun everyone!

2 comments:

  1. Salam Yati,
    sebenarnya dah lama jadi pembaca blog Yati ni, sejak jadi ahli Wanitaniaga thn lepas. Tapi post Yati yg ni terasa nak bagi respon. Saya faham apa yg Yati cuba terangkan, being a mother with three kid (saya ada 4 org) dgn kerja rumah yg tak pernah habis & kerja2 lain lagi especially bisnes yg diceburi...memang tak menang tangan. 24 jam tu rasa tak cukup.

    Tapi sabar jelah...saya pun pernah kehilangan customer mcm tu...dia kata saya lambat respon. What to do...bukan rezekilah namanya. Takpe sorang pergi akan ada yg lain datang. Keep up a good work.

    ReplyDelete
  2. Milla, terima kasih.
    Sama ye kita. Milla lagi la ye, 4 orang kena jaga.
    Thanks again.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea