Friday, January 16, 2009

Happy Birthday Amirul!

Hari ni birthday Amirul yang ke-6. Semalam, kita orang buat projek kek. Yati ada beli adunan kek coklat yang instant tu. So, nak la jugak try camana rasanya. Dah lama Yati dan husband tak buat projek masak sama-sama. Last sekali, masa 2 tahun lepas, masa bulan posa, kita orang jual kueh siput. Cik abe kita terer gentel siput. Kalah Yati. Semalam, Yati kacau adunan & dia letak dalam acuan. Kita orang buat cup cakes chocolate. Lepas dah masak & sejuk, letak Hersheys's chocolate & buat icing sendiri. Jadi dalam beberapa ketul saja, so tak boleh nak tulis nama penuh. Ha ha, rupa dia tak cantik pun. Maklum la, ni baru kali kedua buat kek. Itu pun, guna ramuan instant. Tapi rasanya, boleh tahan. :)

Pagi ni, sebelum hantar Amirul pi sekolah, kita orang celebrate birthday Amirul dulu.
Amirul nangis sebab tak nak pi sekolah. Tapi, kena pi jugak. Balik sekolah, Amirul tanya, posmen dah sampai ke belum. Yati ada masuk kid's birthday exchange kat forum WanitaNiaga. Kita beli hadiah untuk anak orang, dan orang beli hadiah masa birthday anak kita. Thanks to
kak niza yang pandai budget hari, betul-betul sampai masa birthday Amirul.
Control je hari ni. Tak boleh nak marah sebab birthday Amirul, kasi can la.
Tapi dicemari jugak dengan insiden yang tidak diingini. Ada orang baru pindah rumah kat sebelah. Dua-dua suami isteri kerja cikgu. Tadi petang, anak dia boleh buka gate dan terus buka pintu rumah. Grail plak tak tutup. Masa tu, Yati tengah susukan Sulaiman kat living room. Lambat 1 second je, budak & bapak budak tu and Yati sekali akan berada dalam situation yang imagine-orang-tgh-breastfeed-baby-banyak-benda-terserlah-aku-yang-malu. Nasib baik Amirul dengan pantasnya push back front door semasa budak tu tengah tolak nak masuk & terus lock. Bapak dia terus kejar dia dari belakang dan keluar rumah & tutup gate balik. Yati tak tau la nak cakap apa. Tak suka la bila orang yang kita tak kenal pun, bukak pintu rumah. Dah tak boleh macam dulu dah sekarang. Mesti ada yang tefikir, "Ala budak, apa la yang dia tau". Sebab dia budak la kita kena bagitau. Mungkin mak bapak dia terlampau sibuk ngajar kat sekolah sampai lupa nak ngajar anak sendiri adab & sopan. Bulan ni, masuk 2 kali budak ntah mana-mana masuk rumah orang. Budak rumah depan tu, suka hati masuk rumah orang macam rumah sendiri. Ok, sebab pintu rumah terbuka, Yati boleh terima. Tapi budak sebelah yang baru pindah ni, pandai2 je bukak pintu sendiri. Kesiannya. Mungkin dah biasa dok kampung, so biasa masuk rumah orang sana sini. Rasa tak best la bila dok rumah sendiri pun takde privasi. Sebelum ni lecturer yang duduk. Ok je, takde masalah ape pun. Ni ntah ape2 la.
Tapi I won't let that incident spoil the day. Amirul gumbira di harijadi dia, jadi Yati pun suka.
Mai singgah
Yati & Stitch

No comments:

Post a Comment

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea