Sunday, January 04, 2009

Back to School

Dalam 2-3 hari ni, rasa nervous je. Nervous yang rasa bila kita nak pi interview. Jantung tu dup-dap-dup-dap. Sebenornya bukan pe, nervous sebab Amirul first day sekolah esok! Hehhe. Amirul baru nak masuk pra-sekolah. Tapi nervous nya, macam Amirul nak masuk darjah 1. Alhamdulillah, Amirul dapat masuk jugak pra-sekolah Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar. Cikgu sekolah baru telefon last week bagitau yang ada kosong, lepas sorang budak tak jadi nak masuk. Last minute bagitau pun tak pe la, asalkan Amirul dapat masuk. So hari ni dan semalam, kami pi la kuor beli barang skit untuk sekolah Amirul kat Batu Gajah. Beli kasut sekolah & beg. Ramai lagi mak bapak yang kuor last minute beli barang sekolah anak-anak. Banyak kedai sesak. Kami tak leh buat pe lah, sebab baru tau Amirul dapat masuk pra-sekolah last week. Tapi dia orang ni dah tau awal-awal, tapi still shopping last minute barang anak-anak depa. Untuk next year, kami plan nak shopping awal-awal. :)


Last week jugak, buat cup cakes. Baru first time try buat. Tu la, sekarang orang dok gila cup-cakes. Kita pun teringin jugak. Tak berapa sedap sangat. I think I'll stick to bake cookies only. Hehhe..
Balik rumah ma jugak last week.


Amirul tak tinggal bantal busuk dia. Ma dengan Hafizan, Sulaiman & Amirul.

On the way balik Seri Iskandar, sempat singgah nursery Ah Bon, beli bunga baru.

Yati start suka dengan bunga-bunga ni sejak kita orang pindah Perak ni. Masa dok kat KL, rumah tinggi, tak jejak tanah, jadi agak malas nak bercucuk tanam. Ni antara bunga yang ada kat rumah.


Sama spesies macam bunga yang baru beli tu, cuma lain color je. Suka bunga ni, sebab dia tumbuh panjang ke bawah. Elok digantung. Tapi kena selalu jaga, sebab ulat suka sangat makan daun dia. Ulat ape yek, dia macam ulat ape tu, yang bila besor dia jadi rama-rama tu. Nak bubuh racun kat pokok bunga tu bahaya plak. Dulu ada tengok dalam Martha Steward, dia bagi alternatif racun serangga untuk rumah yang ada budak, tapi dah lupa. Sama ada dia letak cuka ke, atau campuran baking powder. Jiran sebelah cakap, siram pokok ngan air pertama basuhan beras untuk elak ulat makan daun pokok. Tapi biasalah, malas plak everytime basuh beras, nak ke depan untuk siram pokok.

Pokok rose pula baru beli dalam pertengahan tahun 2008. So far, takde kena makan ulat lagi. Dulu macam tak berapa suka rose, lagi pun takut budak-budak ni pegang, kena duri plak. Tapi dia orang tak pegang pun pokok bunga ni semua. Kalau berbunga, banyak kuntum yang keluar.

Dah masuk tahun 2009 pun kita. Azam Yati, antaranya, nak prepare breakfast setiap hari. Lagi pun Amirul masuk sekolah awal. Dah tak sesuai nak pi kedai mamak pekena roti canai. Kat sini plak, orang jual nasi lemak tak niaga awal pagi. Pukul 7 baru ada, mana sempat nak beli nasi lemak lagi. So, berazam bangun lebih awal untuk prepare breakfast.

Juga berazam untuk memberi servis yang lebih baik untuk customer Yati & Stitch. Terima kasih pada semua yang pernah membeli dan bagi sokongan pada Yati. Selalu-selalu lah singgah ye!

No comments:

Post a Comment

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea