Saturday, December 27, 2008

Happy New Year!

Agak lama juga Yati tak tulis kat blog ni. Macam-macam benda terjadi since 2 minggu sudah.

Mula-mula, modem Streamyx kat rumah kena kilat. Menakutkan petang tu. Selalu ada kilat jugak, tapi tak pernah kena. Tapi petang tu, dengar bunyi kilat, pastu ada bunyi sesuatu kat komputer. Letrik pun dia tendang. Hafizan apa lagi, melalak la dia. Dah la masa tu, cik abe ku tak balik kerja gi. Si kenit Sulaiman ok, Hafizan plak yang lebih melalak. Tapi Yati pun takut gak. Dah la gelap gelita. Masa tu dalam kul 5 petang camtu, tapi langit mendung macam malam. Habis tu, berpelukan la kita orang anak beranak. Lepas 5 minit camtu, Yati pi on balik main switch. Malam tu bila cuaca dah ok, bukak PC ok. Tapi tak leh connect. Dah agak dah, mesti kena kilat. Tapi tak sangka sampai kena kat network card. Tapi Alhamdulillah PC ok, kalau tak, tak leh la online. Amik masa jugak nak repair yek. Mula-mula tukang modem yang datang bawak modem baru dan gantikan splitter. Tapi tak leh connect. Pastu, minta Encik Ismail tolong tengok. Encik Ismail ni, ada buka kedai komputer kat sini. Memang kena bawak CPU kat kedai, ganti network card baru. Bila dah bawak balik PC ke rumah, still tak leh connect. Pastu, orang TM dari Ipoh mai. Dia repair line dari ibusawat TM kat sri iskandar ni, baru boleh. Hui, dasyatnya penangan kilat. Pasni, kalau cuaca mendung je, cabut semua cable. Takut.

Thanks to Encik Ismail yang banyak tolong. Terer nya encik Ismail ni. Laju je buat kerja. Nama kedai Encik Ismail ni, SAMtech PC Sales & Services. Terletak di No. 146, Gerai Persiaran Dataran 5, Bandar Sri Iskandar, Bota, Perak. Dia boleh baik pulih komputer, monitor, printer, upgrade, jual PC baru dan terpakai, aksesori komputer, design website, & baiki alat elektrik. Memang deserve di promote sebab servis yang bagus!

Ari tu, ada balik rumah ma di Lumut. Semasa on the way balik ke Sri Iskandar, ada ternampak kejadian yang tak pernah kita orang tengok sebelum ni. Ni dia....




Macam twister kecik. Kita orang berenti tepi jalan, amik gambar ni. Pastu, idea cik abe ku, pergi Telok Batik, pi tengok puting beliung tu lebih dekat. Sebenornya, tak pasti kat mana location sebenor ni. Tapi nampak macam kat area Telok Batik la. Ni pasal dia teringin nak jadi ala ala cerita twister tu la, kejar tornado kan. Hish, orang nak jauh dari benda tu, dia nak pi dekat plak. Tapi ye la, kat Malaysia mana ada kan. Tapi tak mustahil, kalau Tuhan nak jadikan. Yang ni yang the most dekat kita orang pi. Yati yang tak nak. Sebab tengok langit dah nak runtuh. Dia dah makin panjang ke bawah, pastu tak lama kemudian, hilang. Semua ni terjadi dalam 2-3 minit je. Menakutkan.


Bunga ros kat rumah berbunga dengan banyaknya. Sampai lebih 20 kuntum. Wangi jer dicium. Tetap lawa walau pun dah layu.


Tahun baru menjelang tiba. Macamana azam dan perancangan tahun 2008? Tercapai atau tak? Kalau tak tercapai, kita still boleh usaha untuk 2009. Bagi Yati, tahun 2008 ni, tahun yang paling cepat sekali. Rasa baru je semalam Yati buka Yati & Stitch. Rasa baru je ari tu Yati daftar Yati & Stitch Enterprise. Tahun 2008 juga amat bermakna sebab lahirnya Sulaiman, out third prince. Selamat menyambut tahun baru MaalHijrah 1430. Mari lah kita cuba berubah ke arah kebaikan.


video


Yati & Stitch

1 comment:

  1. Salam.

    Thanks for visiting my blog. Sebenarnya selalu gak follow blog Yati ni ...

    Dah lama nak tanya ni since my first visit ...

    Yati ni dulu pernah x duduk kat Perlis? Sekolah rendah kat SK Sri Perlis? Sbb I remember most anak2 Megat Mostafa yg stay kat Taman Bahagia - Puteri Nurfaliza, Puteri Marina and Puteri Nurhayati.

    And, the little puteri Nurhayati pernah send me hari raya postcard once ... and i even remembered the postcard is from Gila-Gila.

    If you that Yati, I glad to find you back...

    Salam 1430 Hijrah dan 2009 Masihi.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea