Monday, November 17, 2008

Family Day Amirul

Hari Ahad yang lepas, pergi ke Family Day tadika Amirul. Cikgu Amirul cakap, ada penyampaian sijil. Selain tu, ingat ada la sukan skit untuk budak-budak ni, sebab cikgu dah pesan pakai baju sukan. Rupanya, ada juga aktiviti untuk ibubapa. Aktiviti untuk budak-budak, macam jalan pakai but, isi air dalam botol, baling bola dalam bakul, dan lain-lain lagi.

Ni gambar Amirul tengah tunggu turn acara jalan pakai but.

Yang ni, acara kutip gula-gula.Amirul tengah bawak bola dalam sudu.Hafizan, mana-mana pergi, tak tinggal ultraman, raksasa atau robot kecik dia.Sulaiman yang mata kuyu dan lepas tu tido sampai abis Family Day.Yang ni yang kelakor sekali. Acara makan pisang paling pantas untuk para ibu. Sempat toleh tengok member sebelah makan pisang. Kebanyakanya makan tunduk je, tapi kunyah punya la laju, sambil control ayu. Acara ni, kalah, kasi can kat orang lain. Hehhe.. Ni gambor abang baru lepas baling buah kelapa. Acara boling padang, guna buah 'nyoq', khas untuk para bapa. Saringan pertama, 3 bapa seri markah serupa, 4 botol jatuh. Kena buat saringan kedua. Abang menang acara ni, first prize.


Seterusnya, acara untuk ibubapa plak, bawak telor guna dahi atau pipi. Lawak giler. Nasib baik guna telor rebus. Kaki abang panjang, dia jalan laju, jadi kita pun kena ikut sama. Sengit betul. Kita orang menang first prize jugak. Sayang tak dak gambar, tak sempat nak suruh Amirul amikkan.

Lepas habis semua acara, ada penyampaian sijil dan hadiah pada semua pemenang. Amirul amik sijil dari pengetua. Amirul dapat murid cemerlang bagi umur 5 tahun.Hafizan seronok dok pegang hadiah.

Seronok plak ada aktiviti camni. Instead of buat penyampaian sijil je, dia buat sekali family day. Jadi, boleh kenal dengan ibubapa lain. Tadika Amirul jemput imam surau untuk baca doa masa awal majlis. Imam sempat cakap, nak dapat 3 saf pun payah kat surau sri iskandar. Masa acara untuk budak-budak, mak bapak sorak kat anak. Masa acara untuk mak bapak plak, budak-budak plak sibuk sorak. Asyik sibuk dengan rutin harian, dah lupa rasa camana seronoknya main benda-benda ni semua. Enjoy pergi Family Day Tadika Minda Muda. Satu je terkilan, boleh lupa nak amik gambar Amirul dengan kawan-kawan dia, Yop ngan Angah. Yop dah nak masuk darjah 1 next year. Amirul plak nak pindah tadika lain plak. Tak pe la, dok satu taman jugak. Lain kali panjang umur, boleh jumpa lagi. :)


Akan datang, ke Yati & Stitch, barang baru nak masuk. Tunggu...!

No comments:

Post a Comment

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea