Sunday, October 05, 2008

Raya yang special

Raya sudah pun berlalu. Rasa macam sekejap je cuti. Balik beraya di rumah mak di Lumut. Sebab husband tak dapat cuti, petang raya (raya eve) baru dapat tolak balik Lumut. Duduk paling dekat dengan rumah ma, tapi kami yang paling lewat sampai. Kakak and not dah pun tiba awal-awal. Ok la raya. Ramai datang rumah ma, kami tak pi beraya rumah orang pun. Baby Sulaiman pun kecik lagi. Raya special skit, sebab sambut dengan baby. Seperti biasa, amik gambar satu family di pagi raya, lepas sembahyang raya.


Ni gambar kami berlima. Tema tahun ni, color merah. Timasih banyak kat kak yang sponsor baju. Terima kasih daun keladi, tahun depan, sponsor la lagi! Hehhe... Perasan tak, baby Sulaiman pun pakai baju melayu juga, kat dalam kain bedung tu.


Ni gambar jejaka-jejaka dalam family, dari yg second muda hingga yang paling tua. Hehhe.. Berdiri dari kiri, Abang Rosham ngan abangku cayang. Duduk kat depan, Hafizan, tok ngan Amirul. Ni plak gambor Hafizan ngan Amirul, posing ngan bapaknya. Handsome tak?Ni gambar kami satu family. Berdiri dari kiri, Abang Rosham ngan kak, Not, myself tgh dukung budak kecik yg botak tu ngan abangku cayang. Duduk plak dari kiri, Hafizan, tok, opah, ngan Amirul. Tak ramai pun. Cuma ada 2 kakak. Sorang dah kawin, sorang masih single.Ni gambor baby Sulaiman, lepas sesi amik gambor. Dah salin baju casual plak.

Last sekali, ni gambor Amirul ngan Hafizan ngan aunty nya. Dah salin baju casual. Banyak lagi gambor lain, tapi ni je sempat scan. Yang lain, blum upload dr camera.

Raya yang best. Sayang family ku. Tahun depan tak tau boleh beraya lagi camni. Selamat hari raya semua!

Jom singgah Yati & Stitch! Bulan Syawal ni, kalau shopping kat kedai, ada hadiah misteri tau! Mari mari mari!!!

No comments:

Post a Comment

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea