Friday, September 05, 2008

Our Third Prince - Sulaiman

23 Ogos 2008 – Hari Sabtu, macam biasa, kami 4 beranak pi breakfast kat kedai makcik under the tree, dan pi pasor Batu Gajah, beli lauk mentah utk seminggu. Selain ikan keli dan udang, beli petai sebab ingat nak masak sambal tumis petai dan udang. Tengok-tengok, sambal petai ke mana, udang ke mana, sebabnya – kalau nak tau, teruskan membaca…
Balik dari pasor, singgah nursery pokok bunga, beli tanah sepeket. Ingat, nak transfer Japanese rose yg dah berjuntai-juntai kuor dari pasu ke pasu baru. Ini pun tak sempat nak buat, kalau nak tau sebabnya – teruskan membaca…
Sampai je kat rumah, terus laksanakan misi pokok bunga. Baru tambah baja kat 2-3 pasu pokok butterfly, tiba-tiba rasa lain macam. Masuk dalam rumah, lagi la meleleh-leleh. Bagitau kat husband. Husband terus ajak pi klinik. Terus pack barang budak-budak. Barang-barang aku dah tersedia dalam emergency bag. Sempat lagi mandi (pecah lubang, aku pi pasor pagi tadi tak mandi dulu), dan terus bertolak ke Sitiawan, ke Yeak Enterprise.
Sampai je kat Yeak, tengok papa dah ada. Rupanya, Amirul dah tipon opahnya masa tgh mandi kat rumah tadi, bagitau yg baby dah nak kuor.
Masuk je jumpa Dr Yeak, check, dia buat ape ntah, tiba2 basah katil dia, macam waterfall. Doctor cakap,”Your water sudah broke. Kena admit la. Baby musy come out within 12 hours.” Nasib baik dah bawa semua baju. Terus masuk wad. Amirul dan Hafizan, papa dah bawak balik. Tak sempat jumpa ma, mintak ampun dulu. Waktu tu, dalam kul 12 lebih kurang.
Lebih kurang dalam pukul 4 :15 minit petang, lahirlah Wan Muhammad Sulaiman. Alhamdulillah, bersalin secara normal, berat dalam 3.3 kg. Tapi kena jahit banyak. Letih dan tak boleh duduk lama-lama lepas beranak. Sulaiman kecik je, compared to Amirul dan Hafizan masa baru dilahirkan dulu. Sulaiman punya jari halus je. Takut nak pegang kaki dia. Suara Sulaiman pun macam bunyi anak kucing. Tapi Sulaiman seorang survivor. Dia lahir waktu hormone T4 tiroid aku lebih dari paras normal dan boleh dikatakan banyak hari aku semput masa pregnant. Alhamdulillah, syukur sangat.




24 Ogos, sebab aku dah boleh bangun, duduk, jalan sana sini, borak ngan nurse, pi tengok TV, pi tengok baby, doctor bagi permission kuor. Tapi kena bawak Sulaiman balik kalau kena kuning. Balik la ke rumah opah, dan bermulanya episode baru, misi breast feed, dan melawan blues.
Hari-hari nurse datang rumah, check baby. First time kena nurse yang agak kasar dan kurang ajar, according to ma. Lagi pun, cara nurse tu cakap, bagi orang tension dan sedih je la. Bukannya nak bagi tunjuk ajar dan petunjuk, walau pun aku dah beranak 3 kali. Breast tengah membengkak waktu tu, dan Sulaiman kurang nak hisap, sebab mulut dia kecik, jadi sebelah lagi, terpaksa pump. Dah la nurse cakap baby kuning, kami bawak la pi Dr Yeak. Doktor dengan tenangnya cakap, “Takde kuning. Kalo itu nurse cakap, ada kuning, haa… ini doctor pakar cakap, takde kuning. Jangan risau”. Lega, sebab tak perlu amik darah. Esoknya, nurse tu berkeras cakap ada kuning jugak. Last-last the next day, ma cakap je kami dah balik rumah kami, so tak payah layan. Ntah la, dulu takde pun nurse yang macam ni. Ok je. Dia ukur rahim pun tak betul. Hari ni 12 cm, esoknya, 13 cm. Tak logic, ada ka boleh membesar plak.

Lebih kurang hari ketujuh, baru berjaya dalam misi breast feed. Berjaya dalam erti kata, Sulaiman akhirnya menyusu dari kedua-dua belah breast. Lega, Alhamdulillah. Hari ketujuh juga jatuh pada hari Jumaat. Jadi, ma panggil Kak Lina, tukang urut, cukur rambut Sulaiman. Professional sungguh Kak Lina cukur. Tak sampai 20 minit, kepala Sulaiman dah licin.

Hari yang ke-10, kami bertolak balik rumah kami. Pusat Sulaiman pun jatuh on the same day jugak. Lega dah balik rumah sendiri. Hari pertama umat Islam berpuasa, tapi aku blum boleh lagi.
Begitu la ceritanya. Dah beranak untuk kali ketiga baru belajor beberapa benda dan saya listkan di bawah, supaya kita dapat share sesama kita, tak kira untuk yg blum berkahwin, yang plan nak dapat anak atau tak kira la status apa pun.
1) Breast feed patut dimulakan dari awal lagi, kalau boleh immediately after birth. Walau pun waktu tu kita beranggapan susu blum ada, takpe, bagi je kat baby. Jangan bertangguh, tunggu balik rumah dulu la, baru nak kasi. Lagi lewat kita bagi, lagi lewat la susu kita keluar.
2) Kita kena yakin bahawa susu kita ada. Walau pun baby nampak tak puas, atau lapar walau pun dia dah hisap susu badan, bagi je lama-lama. Susu tu Insya-Allah ada. Jangan mix ngan susu infant kalau boleh. Nanti baby lebih prefer susu botol. Sebab bila minum susu kita, dia kena usaha lebih.
3) Jangan la tunggu sampai breast kita membengkak. Kalau boleh pam, pam la. Kalau breast membengkak tapi susu skit sahaja yang keluar, bawak-bawak berurut. Susu tu akan keluar dengan lancar dan meleleh-leleh plak. Untuk relieve sakit akibat bengkak, mandi atau tuam air panas.
4) Stay positif. Susah plak bila ada orang dok cakap benda negative je, tapi orang bagi dorongan bukannya ada. So, cakap la dengan husband dan orang yang terdekat tentang perasaaan kita. Jangan dok sorang.

Itu la dia. Masa dok rumah ma, kawan ma banyak yang telefon, Tanya tentang biskut raya. Alamak, kalau tak beranak, mesti skrang tengah sibuk siapkan tempahan. Tangan sebelah ni, dah gatal nak gentel kueh siput. Apakan daya skrang tengah berpantang. Tengok la kalau dah banyak hari esok dapat buat 1-2 jenis pun dah jadi. Tahun depan, Insya-Allah, akan buat operasi kueh raya macam tahun lepas. Tahun ni, holiday.
Pada customer yang lambat dapat respon daripada soalan, minta maaf banyak-banyak. Saya akan cuba balas secepat mungkin. Ntah skrang ni, selalu ada masalah nak connect to internet dari rumah. Kalau dapat connect pun, lambat sangat speed nya, sampai tak tahan nak menunggu.
Thanks to my mum, kerana jaga Yati. Kesian kat ma, letih. Thanks to my husband, yang berasa di sisi dari awal hingga akhir. Juga ganti tempat Bi di dapur masak dan layan budak-budak. Thanks to friends yang wish baru dapat baby. Until next time, selamat berpuasa pada semua! Salam Ramadhan!

2 comments:

  1. yati... best nye dapat baby lagik... comei.... cam muka yati kan... tengok baby cam nak lagi jerk... tapi skang nie x larat nak layan aleeya ngan danish... karang baby kemana dok cbuk layan abg ngan kakak dier... kes kes kes...

    ReplyDelete
  2. Hehhe... ha ah, ramai yg tengok baby kata, Sulaiman macam muka Yati. Yati dulu pun pikir macam tu jugak. Tapi sementara muda ni la boleh. Nanti dah tua, lagi la tak larat nak jaga budak. Hehhe...:) Mesti dah besor dah Aleeya ngan Danish yek.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea