Saturday, December 27, 2008

Happy New Year!

Agak lama juga Yati tak tulis kat blog ni. Macam-macam benda terjadi since 2 minggu sudah.

Mula-mula, modem Streamyx kat rumah kena kilat. Menakutkan petang tu. Selalu ada kilat jugak, tapi tak pernah kena. Tapi petang tu, dengar bunyi kilat, pastu ada bunyi sesuatu kat komputer. Letrik pun dia tendang. Hafizan apa lagi, melalak la dia. Dah la masa tu, cik abe ku tak balik kerja gi. Si kenit Sulaiman ok, Hafizan plak yang lebih melalak. Tapi Yati pun takut gak. Dah la gelap gelita. Masa tu dalam kul 5 petang camtu, tapi langit mendung macam malam. Habis tu, berpelukan la kita orang anak beranak. Lepas 5 minit camtu, Yati pi on balik main switch. Malam tu bila cuaca dah ok, bukak PC ok. Tapi tak leh connect. Dah agak dah, mesti kena kilat. Tapi tak sangka sampai kena kat network card. Tapi Alhamdulillah PC ok, kalau tak, tak leh la online. Amik masa jugak nak repair yek. Mula-mula tukang modem yang datang bawak modem baru dan gantikan splitter. Tapi tak leh connect. Pastu, minta Encik Ismail tolong tengok. Encik Ismail ni, ada buka kedai komputer kat sini. Memang kena bawak CPU kat kedai, ganti network card baru. Bila dah bawak balik PC ke rumah, still tak leh connect. Pastu, orang TM dari Ipoh mai. Dia repair line dari ibusawat TM kat sri iskandar ni, baru boleh. Hui, dasyatnya penangan kilat. Pasni, kalau cuaca mendung je, cabut semua cable. Takut.

Thanks to Encik Ismail yang banyak tolong. Terer nya encik Ismail ni. Laju je buat kerja. Nama kedai Encik Ismail ni, SAMtech PC Sales & Services. Terletak di No. 146, Gerai Persiaran Dataran 5, Bandar Sri Iskandar, Bota, Perak. Dia boleh baik pulih komputer, monitor, printer, upgrade, jual PC baru dan terpakai, aksesori komputer, design website, & baiki alat elektrik. Memang deserve di promote sebab servis yang bagus!

Ari tu, ada balik rumah ma di Lumut. Semasa on the way balik ke Sri Iskandar, ada ternampak kejadian yang tak pernah kita orang tengok sebelum ni. Ni dia....




Macam twister kecik. Kita orang berenti tepi jalan, amik gambar ni. Pastu, idea cik abe ku, pergi Telok Batik, pi tengok puting beliung tu lebih dekat. Sebenornya, tak pasti kat mana location sebenor ni. Tapi nampak macam kat area Telok Batik la. Ni pasal dia teringin nak jadi ala ala cerita twister tu la, kejar tornado kan. Hish, orang nak jauh dari benda tu, dia nak pi dekat plak. Tapi ye la, kat Malaysia mana ada kan. Tapi tak mustahil, kalau Tuhan nak jadikan. Yang ni yang the most dekat kita orang pi. Yati yang tak nak. Sebab tengok langit dah nak runtuh. Dia dah makin panjang ke bawah, pastu tak lama kemudian, hilang. Semua ni terjadi dalam 2-3 minit je. Menakutkan.


Bunga ros kat rumah berbunga dengan banyaknya. Sampai lebih 20 kuntum. Wangi jer dicium. Tetap lawa walau pun dah layu.


Tahun baru menjelang tiba. Macamana azam dan perancangan tahun 2008? Tercapai atau tak? Kalau tak tercapai, kita still boleh usaha untuk 2009. Bagi Yati, tahun 2008 ni, tahun yang paling cepat sekali. Rasa baru je semalam Yati buka Yati & Stitch. Rasa baru je ari tu Yati daftar Yati & Stitch Enterprise. Tahun 2008 juga amat bermakna sebab lahirnya Sulaiman, out third prince. Selamat menyambut tahun baru MaalHijrah 1430. Mari lah kita cuba berubah ke arah kebaikan.


video


Yati & Stitch

Friday, December 12, 2008

Ari tu, pergi Tesco kat Sri Pengkalan. Dekat-dekat Lahat, on the way to Ipoh. Tesco tu baru buka. Agak besar juga, sebab kaki pun sampai lenguh. Nape la dia orang buat tempat shopping ni dekat-dekat yek. Kat Ipoh kan dah ada. Dengor cerita, dari makcik jual ayam kat pasor Batu Gajah, kat Baju Gajah pun ada ura-ura nak buat Tesco jugak.

Amirul & Hafizan bukan main suka lagi bila jumpa kawan baik dia orang, ultraman.
Yati baru update Yati & Stitch dengan barang-barang baru. Jemput la ke kedai. Harga berpatutan. Kalo rasa terer tawar-menawar, mai la singgah. Mana tau, boleh dapat murah. :) Yati juga tambah satu lagi alternatif cara pembayaran, iaitu Paypal. Anda boleh membeli tanpa rasa ragu-ragu. Ada discounts on selected items, so tunggu apa lagi, cepat-cepat!

Friday, November 28, 2008

Andai Kau Mengerti


Dimana akhirnya percintaan kita


Yang pernah kau belai bersama dengan ku


Pernahkah kau tahu hatiku pada mu


Kasih yang menghilang dalam dakapan mesra mu



Adakah ini hanya ilusiku, nyanyian merdu


Membuaikan diri, impi lena ku sendiri


Apalah dayaku tanpa dirimu, menghukum kalbu


Mendambakan kebahagiaan



Dan biarlah ku disini


Yang pernah mencintai mu


Ruang hati sepi tanpa disinari


Haruskah ia terjadi


Mengharapkan kau disisi


'tuk kembali bersama dipangkuan



Segalanya pasti, andai kau mengerti


Kasih ku yang pernah dikau kusayangi



Pernahkah kau tahu hatiku pada mu


Kasih yang menghilang dalam dakapan mesra mu


Monday, November 17, 2008

Family Day Amirul

Hari Ahad yang lepas, pergi ke Family Day tadika Amirul. Cikgu Amirul cakap, ada penyampaian sijil. Selain tu, ingat ada la sukan skit untuk budak-budak ni, sebab cikgu dah pesan pakai baju sukan. Rupanya, ada juga aktiviti untuk ibubapa. Aktiviti untuk budak-budak, macam jalan pakai but, isi air dalam botol, baling bola dalam bakul, dan lain-lain lagi.

Ni gambar Amirul tengah tunggu turn acara jalan pakai but.

Yang ni, acara kutip gula-gula.Amirul tengah bawak bola dalam sudu.Hafizan, mana-mana pergi, tak tinggal ultraman, raksasa atau robot kecik dia.Sulaiman yang mata kuyu dan lepas tu tido sampai abis Family Day.Yang ni yang kelakor sekali. Acara makan pisang paling pantas untuk para ibu. Sempat toleh tengok member sebelah makan pisang. Kebanyakanya makan tunduk je, tapi kunyah punya la laju, sambil control ayu. Acara ni, kalah, kasi can kat orang lain. Hehhe.. Ni gambor abang baru lepas baling buah kelapa. Acara boling padang, guna buah 'nyoq', khas untuk para bapa. Saringan pertama, 3 bapa seri markah serupa, 4 botol jatuh. Kena buat saringan kedua. Abang menang acara ni, first prize.


Seterusnya, acara untuk ibubapa plak, bawak telor guna dahi atau pipi. Lawak giler. Nasib baik guna telor rebus. Kaki abang panjang, dia jalan laju, jadi kita pun kena ikut sama. Sengit betul. Kita orang menang first prize jugak. Sayang tak dak gambar, tak sempat nak suruh Amirul amikkan.

Lepas habis semua acara, ada penyampaian sijil dan hadiah pada semua pemenang. Amirul amik sijil dari pengetua. Amirul dapat murid cemerlang bagi umur 5 tahun.Hafizan seronok dok pegang hadiah.

Seronok plak ada aktiviti camni. Instead of buat penyampaian sijil je, dia buat sekali family day. Jadi, boleh kenal dengan ibubapa lain. Tadika Amirul jemput imam surau untuk baca doa masa awal majlis. Imam sempat cakap, nak dapat 3 saf pun payah kat surau sri iskandar. Masa acara untuk budak-budak, mak bapak sorak kat anak. Masa acara untuk mak bapak plak, budak-budak plak sibuk sorak. Asyik sibuk dengan rutin harian, dah lupa rasa camana seronoknya main benda-benda ni semua. Enjoy pergi Family Day Tadika Minda Muda. Satu je terkilan, boleh lupa nak amik gambar Amirul dengan kawan-kawan dia, Yop ngan Angah. Yop dah nak masuk darjah 1 next year. Amirul plak nak pindah tadika lain plak. Tak pe la, dok satu taman jugak. Lain kali panjang umur, boleh jumpa lagi. :)


Akan datang, ke Yati & Stitch, barang baru nak masuk. Tunggu...!

Sunday, October 05, 2008

Raya yang special

Raya sudah pun berlalu. Rasa macam sekejap je cuti. Balik beraya di rumah mak di Lumut. Sebab husband tak dapat cuti, petang raya (raya eve) baru dapat tolak balik Lumut. Duduk paling dekat dengan rumah ma, tapi kami yang paling lewat sampai. Kakak and not dah pun tiba awal-awal. Ok la raya. Ramai datang rumah ma, kami tak pi beraya rumah orang pun. Baby Sulaiman pun kecik lagi. Raya special skit, sebab sambut dengan baby. Seperti biasa, amik gambar satu family di pagi raya, lepas sembahyang raya.


Ni gambar kami berlima. Tema tahun ni, color merah. Timasih banyak kat kak yang sponsor baju. Terima kasih daun keladi, tahun depan, sponsor la lagi! Hehhe... Perasan tak, baby Sulaiman pun pakai baju melayu juga, kat dalam kain bedung tu.


Ni gambar jejaka-jejaka dalam family, dari yg second muda hingga yang paling tua. Hehhe.. Berdiri dari kiri, Abang Rosham ngan abangku cayang. Duduk kat depan, Hafizan, tok ngan Amirul. Ni plak gambor Hafizan ngan Amirul, posing ngan bapaknya. Handsome tak?Ni gambar kami satu family. Berdiri dari kiri, Abang Rosham ngan kak, Not, myself tgh dukung budak kecik yg botak tu ngan abangku cayang. Duduk plak dari kiri, Hafizan, tok, opah, ngan Amirul. Tak ramai pun. Cuma ada 2 kakak. Sorang dah kawin, sorang masih single.Ni gambor baby Sulaiman, lepas sesi amik gambor. Dah salin baju casual plak.

Last sekali, ni gambor Amirul ngan Hafizan ngan aunty nya. Dah salin baju casual. Banyak lagi gambor lain, tapi ni je sempat scan. Yang lain, blum upload dr camera.

Raya yang best. Sayang family ku. Tahun depan tak tau boleh beraya lagi camni. Selamat hari raya semua!

Jom singgah Yati & Stitch! Bulan Syawal ni, kalau shopping kat kedai, ada hadiah misteri tau! Mari mari mari!!!

Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Semua!

Pejam celik, pejam celik, dah nak raya. Sekejap saja masa berlalu.

Ada beberapa cross stitch baru masuk kedai. Menarik sangat buat wall deco. Jemput la tengok. Antaranya:


Yati & Stitch

Semalam, buat operasi bersih rumah. Boleh tahan juga, lantai semua dah lap. Mainan budak semua dah transfer ke bilik baru dia orang. Bilik tengah dijadikan bilik untuk budak-budak main dan buat homework. So sekarang, living room dah clear. Lega. Takde la kalau tetamu datang, rumah macam tongkang pecah macam dulu.

Ramai yang dah balik kg. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin pada semua yang mengenali Yati! Semoga hari raya kali ini, membawa seribu keinsafan dan pengertian pada semua!


Selamat Hari Raya

Friday, September 05, 2008

Our Third Prince - Sulaiman

23 Ogos 2008 – Hari Sabtu, macam biasa, kami 4 beranak pi breakfast kat kedai makcik under the tree, dan pi pasor Batu Gajah, beli lauk mentah utk seminggu. Selain ikan keli dan udang, beli petai sebab ingat nak masak sambal tumis petai dan udang. Tengok-tengok, sambal petai ke mana, udang ke mana, sebabnya – kalau nak tau, teruskan membaca…
Balik dari pasor, singgah nursery pokok bunga, beli tanah sepeket. Ingat, nak transfer Japanese rose yg dah berjuntai-juntai kuor dari pasu ke pasu baru. Ini pun tak sempat nak buat, kalau nak tau sebabnya – teruskan membaca…
Sampai je kat rumah, terus laksanakan misi pokok bunga. Baru tambah baja kat 2-3 pasu pokok butterfly, tiba-tiba rasa lain macam. Masuk dalam rumah, lagi la meleleh-leleh. Bagitau kat husband. Husband terus ajak pi klinik. Terus pack barang budak-budak. Barang-barang aku dah tersedia dalam emergency bag. Sempat lagi mandi (pecah lubang, aku pi pasor pagi tadi tak mandi dulu), dan terus bertolak ke Sitiawan, ke Yeak Enterprise.
Sampai je kat Yeak, tengok papa dah ada. Rupanya, Amirul dah tipon opahnya masa tgh mandi kat rumah tadi, bagitau yg baby dah nak kuor.
Masuk je jumpa Dr Yeak, check, dia buat ape ntah, tiba2 basah katil dia, macam waterfall. Doctor cakap,”Your water sudah broke. Kena admit la. Baby musy come out within 12 hours.” Nasib baik dah bawa semua baju. Terus masuk wad. Amirul dan Hafizan, papa dah bawak balik. Tak sempat jumpa ma, mintak ampun dulu. Waktu tu, dalam kul 12 lebih kurang.
Lebih kurang dalam pukul 4 :15 minit petang, lahirlah Wan Muhammad Sulaiman. Alhamdulillah, bersalin secara normal, berat dalam 3.3 kg. Tapi kena jahit banyak. Letih dan tak boleh duduk lama-lama lepas beranak. Sulaiman kecik je, compared to Amirul dan Hafizan masa baru dilahirkan dulu. Sulaiman punya jari halus je. Takut nak pegang kaki dia. Suara Sulaiman pun macam bunyi anak kucing. Tapi Sulaiman seorang survivor. Dia lahir waktu hormone T4 tiroid aku lebih dari paras normal dan boleh dikatakan banyak hari aku semput masa pregnant. Alhamdulillah, syukur sangat.




24 Ogos, sebab aku dah boleh bangun, duduk, jalan sana sini, borak ngan nurse, pi tengok TV, pi tengok baby, doctor bagi permission kuor. Tapi kena bawak Sulaiman balik kalau kena kuning. Balik la ke rumah opah, dan bermulanya episode baru, misi breast feed, dan melawan blues.
Hari-hari nurse datang rumah, check baby. First time kena nurse yang agak kasar dan kurang ajar, according to ma. Lagi pun, cara nurse tu cakap, bagi orang tension dan sedih je la. Bukannya nak bagi tunjuk ajar dan petunjuk, walau pun aku dah beranak 3 kali. Breast tengah membengkak waktu tu, dan Sulaiman kurang nak hisap, sebab mulut dia kecik, jadi sebelah lagi, terpaksa pump. Dah la nurse cakap baby kuning, kami bawak la pi Dr Yeak. Doktor dengan tenangnya cakap, “Takde kuning. Kalo itu nurse cakap, ada kuning, haa… ini doctor pakar cakap, takde kuning. Jangan risau”. Lega, sebab tak perlu amik darah. Esoknya, nurse tu berkeras cakap ada kuning jugak. Last-last the next day, ma cakap je kami dah balik rumah kami, so tak payah layan. Ntah la, dulu takde pun nurse yang macam ni. Ok je. Dia ukur rahim pun tak betul. Hari ni 12 cm, esoknya, 13 cm. Tak logic, ada ka boleh membesar plak.

Lebih kurang hari ketujuh, baru berjaya dalam misi breast feed. Berjaya dalam erti kata, Sulaiman akhirnya menyusu dari kedua-dua belah breast. Lega, Alhamdulillah. Hari ketujuh juga jatuh pada hari Jumaat. Jadi, ma panggil Kak Lina, tukang urut, cukur rambut Sulaiman. Professional sungguh Kak Lina cukur. Tak sampai 20 minit, kepala Sulaiman dah licin.

Hari yang ke-10, kami bertolak balik rumah kami. Pusat Sulaiman pun jatuh on the same day jugak. Lega dah balik rumah sendiri. Hari pertama umat Islam berpuasa, tapi aku blum boleh lagi.
Begitu la ceritanya. Dah beranak untuk kali ketiga baru belajor beberapa benda dan saya listkan di bawah, supaya kita dapat share sesama kita, tak kira untuk yg blum berkahwin, yang plan nak dapat anak atau tak kira la status apa pun.
1) Breast feed patut dimulakan dari awal lagi, kalau boleh immediately after birth. Walau pun waktu tu kita beranggapan susu blum ada, takpe, bagi je kat baby. Jangan bertangguh, tunggu balik rumah dulu la, baru nak kasi. Lagi lewat kita bagi, lagi lewat la susu kita keluar.
2) Kita kena yakin bahawa susu kita ada. Walau pun baby nampak tak puas, atau lapar walau pun dia dah hisap susu badan, bagi je lama-lama. Susu tu Insya-Allah ada. Jangan mix ngan susu infant kalau boleh. Nanti baby lebih prefer susu botol. Sebab bila minum susu kita, dia kena usaha lebih.
3) Jangan la tunggu sampai breast kita membengkak. Kalau boleh pam, pam la. Kalau breast membengkak tapi susu skit sahaja yang keluar, bawak-bawak berurut. Susu tu akan keluar dengan lancar dan meleleh-leleh plak. Untuk relieve sakit akibat bengkak, mandi atau tuam air panas.
4) Stay positif. Susah plak bila ada orang dok cakap benda negative je, tapi orang bagi dorongan bukannya ada. So, cakap la dengan husband dan orang yang terdekat tentang perasaaan kita. Jangan dok sorang.

Itu la dia. Masa dok rumah ma, kawan ma banyak yang telefon, Tanya tentang biskut raya. Alamak, kalau tak beranak, mesti skrang tengah sibuk siapkan tempahan. Tangan sebelah ni, dah gatal nak gentel kueh siput. Apakan daya skrang tengah berpantang. Tengok la kalau dah banyak hari esok dapat buat 1-2 jenis pun dah jadi. Tahun depan, Insya-Allah, akan buat operasi kueh raya macam tahun lepas. Tahun ni, holiday.
Pada customer yang lambat dapat respon daripada soalan, minta maaf banyak-banyak. Saya akan cuba balas secepat mungkin. Ntah skrang ni, selalu ada masalah nak connect to internet dari rumah. Kalau dapat connect pun, lambat sangat speed nya, sampai tak tahan nak menunggu.
Thanks to my mum, kerana jaga Yati. Kesian kat ma, letih. Thanks to my husband, yang berasa di sisi dari awal hingga akhir. Juga ganti tempat Bi di dapur masak dan layan budak-budak. Thanks to friends yang wish baru dapat baby. Until next time, selamat berpuasa pada semua! Salam Ramadhan!

Monday, August 18, 2008

3 weeks to go....

Hari ni, ada appoinment doktor. Dah masuk week 37. Mungkin beranak lebih awal. Doktor gurau cakap, ntah2 kuor hari merdeka. Ha ha... Alhamdulillah, semua ok. Guarantee letter pun dah kasi. Baby dlm perut weight 2.9 kg. Hari ni hujan & mendung sepanjang hari, setelah lama kering kontang. Singgah rumah opah, amik Amirul. Rindu betul Hafizan dengan abang dia. Peluk2 lagi. Sampai rumah aje, dah start gaduh berebut barang. Rumah kembali bising.
Jangan lupa singgah di
Yati & Stitch. Boleh beli barang untuk raya. Macam2 ada!
YatiAndStitch

Monday, June 16, 2008

Oil Prices Up (sigh...!)

Hello everyone!

Guess we have to cut down some expenses and do whatever we can to save more money. No more shopping.

Most post offices were crowded with people to get their oil royalties. Our turn will be next month. Hopefully they will have some mercy to pregnant mothers so I don't have to wait for my turn too long. Hehhe...

Yesterday, went to the playground near opah's house before headed back home in Sri Iskandar.
I'm currently busy finishing up work on cross stitch from one of my customers. Do check out my online shop to buy great products and cross stitches. Have a great day everyone!

YatiAndStitch

Sunday, March 23, 2008

Happy working!

It has been quite a while since I last updated this blog. A lot of things happened from the beginning of this year.
Last January, Hafizan was admitted to Ipoh Specialist, for 3 days and two nights. It was a nightmare for us. He vomited after every feed. Doctor diagnosed that Hafizan had some bacteria in his stomach that caused some problems. God knows how hard it is taking care of a sick child in the hospital. On the first night, Hafizan cried almost through the night. He turned skinny in just one day.

On the second day at the hospital, Hafizan got better. It was hard keeping him in his room, so we spent most of the day at the kids corner, playing toys and watching the aquarium, instead of the TV. Thanks to Allah, the bacteria were not dangerous. Now, Hafizan is healthy as can be. I pray that both my kids will be ok and healthy.


In February, I found out that I am pregnant. Since then, I had the morning sickness, or should I call it as ‘All-Day Sickness’. I was easily tired, nausea, headache, and the list goes on. Now, I am 3 months pregnant. The condition is getting better, and I’m doing the best I can to be online to update both of my blogs.

I had big plans in mind. Now, I’m trying to learn as many as I can. Hopefully, everything will turn out great.

For those who are into cross stitch, patchwork, quilting, knitting, or anything to do with stitches, do email me to find out about great money making opportunity!

The election was over. Well, hopefully the government will get some message through their lost in several states.

Wishing everyone a very best luck in everything you guys do. Stay happy!
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea