Friday, June 15, 2007

Setelah sekian lama...

Wah, lama betul saya tak update post kat blog saya ni. Demam punya pasal. Punya lah lama demam. Mula-mula ingat, selsema burung. Dah lama tak sakit sampai macam tu. Penyakit lama pun boleh datang balik. Seksa betul bila sakit. Selera makan pun takde. Perut pun kempis jer, mengalahkan bulan posa. Berhari-hari tak makan. Dasyat betul. Kalau anda dah berkeluarga, anda mesti familiar sangat dengan keadaan di mana kalau salah sorang family member sakit, akan 'take-turn' la sorang demi sorang sakit. Ha, macam tu la yang terjadi kat family saya. Sampai 2 round daa... kalo baby sakit, kita tak leh tidor malam. Kalo kita sakit, baby plak tak larat nak jaga. Itu lah pasal, jagalah kesihatan kita. Makan la sementara Tuhan bagi kita selera untuk makan. Sebab bila Tuhan tarik balik nikmat tu, seksa nya, sendiri yang tahu. Orait, jaga kesihatan demi yang tersayang!

No comments:

Post a Comment

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea