Links

Friday, April 3, 2015

Selimut Ripple

Bertuah betul. Lamanya Yati tak update sini.. ^_^

Ada ni ha. Takde cerita nak diceritakan, itu yang senyap. Ada benda kurang elok yang berlaku baru-baru ni kat saya, tapi malas la nak cakap benda tak elok.

Entri ni ada banyak gambor tau, sebab dah lama peram. Yati baru siapkan selimut ripple ni. Saiz dia lebih kurang macam selimut baby. Takde la besar sangat, tapi punyalah berkurun lama nak siap. Heee...

Meh kita tengok, meh...

Ni baru mula kait...

Projek selimut ni bermula pada 15 haribulan Februari. Huh? 2 bulan yang lepas tu. Memang mengait macam siput.

Entah angin mana datang tak tau, boleh pulak rasa nak buat projek besar sikit. Sikit je tau. 

Lepas hijau, pink la pulak..
Masa ni Yati bekerja di ruang tamu lagi ni... nanti saksikanlah transformasi ruang kerjaku... muhahahahaha...


Tarikh gambar di atas, 20 Februari. Biar lambat asal selamat. Haha, ye la tu. Saya suka ambil gambar menegak begini. Biar exercise leher sikit nak tengok. Giler betul aku.


Tarikh gambar di atas, 8 Mac. Banyak itu je progress nya. Entah apa benda buat. Kadang tu takde mood nak mengait, lebih pada mood tengok tv. :-)


Gambar bertarikh 11 Mac. Suka hati je pilih warna, mengikut sesedap rasa.


Eh, eh... apa ni... yeah.... saya pindah masuk dalam lah. Dengan bantuan suami, kami telah mengemas bilik stor atau bilik kerja lama bapa saya. Ruang kecil, untukku berkraftangan. Yahooo.....


Gambar bertarikh 18 Mac. Waiya, terus bertambah besar selimut. Maklumlah, semangat dapat bilik kerja baru.

First row border in progress...
Cukup la tu, besar tu. Saya test kat atas sofa 2 seater, boleh dah letak atas sofa tu. Saya ambil keputusan untuk buat border. Corak ripple ni berombak, jadi saya buat border supaya selimut tu empat segi tepat. 
Cari banyak juga la pattern macamana nak straight kan corak ombak tu. Refer dari blog omputih, dan adjust stitches sendiri. 

Second row of border in progress...

Gambar bertarikh 26 Mac. Row kedua border ni la, kita straight kan ombak atau bukit tu. Banyak kali cuba dan buka. Tengok dalam gambar atas, siap ada ruler nak ukur lurus ke tidak. Tapi takde la straight sangat pun. 

Third row of border in progress..

Row keempat border in progress..
Gambar bertarikh 30 Mac. Yeh... hampir siap. Sikit lagi.


Dah siap! 1 April, saya blocking blanket ni. Guna seterika stim, dan saya biar semalaman.


Siap juga akhirnya. Ini la dia rupanya. Selain selimut untuk baby, boleh juga buat alas atas sofa.


Adoi... punya la lama nak siap. Tapi suka bila tengok hasilnya. 
Dah pun saya masukkan ke kedai online saya. Kalau nak tengok ukuran dan harga, sila lah ya.

Macamana kawan-kawan, GST ni? Hari tu ramai yang pre-gst shopping yek. 
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk harungi hari-hari mendatang. Selamat.... take care semua...


Monday, February 16, 2015

keychain boya

Kadang-kadang tu pelik juga. Tak pernah jumpa dia pun. Tapi bila dia meninggal, terasa pulak. Sayu je dari hari Jumaat. Allahuakbar... adakah anda rasa sama seperti saya?
Al-fatihah untuk TGNA.

-----------------------------------

Yati ada buat keychain buaya. 2 jenis, satunya jenis flat, manakala satu lagi jenis small plushie, ada fiber filling kat dalam. Meh tengok...


Gambor di atas menunjukkan keychain applique buaya. Dia flat piece. Mula-mula buat mata buaya tu dengan jahit je. Lepas tu, sebab mata buaya tu kurang nampak, yati guna felt. 


Ni pulak keychain buaya jenis small plushies. Dalam ada fiber filling. 


Buat 3 ekor jenis ni. Tempahan dari customer. 

Ok le. Selamat bercuti pada anak-anak. Lamanya cuti raya cina kali ni. 
Take care semua, dan be safe.